Buah Katak Puru / Nam Nam

Buah katak puru? Kenapa namanya begitu? Begitulah gelaran yang dipanggil kepada buah nam-nam kerana mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu.

Walaupun nama dan bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan yang lain, namun bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur.

Buah ini memang sedap dicicah dengan sambal kicap, garam atau kuah rojak. Ada juga yang membuat sambal ikan dengan menumbuk ikan dan cili bersama-sama buah katak puru.

Memang sedap jika dimakan bersama nasi yang masih panas. Malah, bukan itu sahaja, buah yang kaya dengan vitamin C ini juga boleh dijadikan jus.

Buah nam nam yang bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter (cm) ini mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.

Bijinya pula berbentuk leper. Selain dimakan segar, daun dan buah nam nam juga mempunyai khasiat perubatan.

Kebanyakan orang-orang terdahulu mempercayai dengan memakan buah dan pucuk pokok ini dapat mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Ada juga yang menjadikannya ramuan dalam ubat bagi merawat batu karang. Selain itu, daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh.

Pokok nam nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan unik kerana berbunga dan berbuah di batang.

Pokok yang dikatakan berasal dari Borneo ini mempunyai ketinggian di antara tiga hingga enam meter (m) sahaja.

Pokok ini masih lagi ditemui di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan Utara dan Pantai Timur. Pokoknya mudah tumbuh melalui kaedah tanaman biji ataupun tut.

Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur

Cara Bank Buat Duit

Pernahkah anda terfikirkan selama ini telah diperbodohkan oleh bank? atau anda tak pernah berurusan dengan bank?

Zaman ini tak ada orang boleh terlepas dari berurusan dengan bank kecuali dia ‘kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang’.

Orang macam tu tak perlukan bank untuk simpan duit. Kalau perlupun mungkin sebagai tempat berteduh di kala malam apabila mencari pot untuk tidur.

Secara umumnya kita semua tak dapat lari dari bank. Ramai yang rasa bank banyak membantu kehidupan kita dan ada ramai juga yang tak rasa apa-apa sebab main ikut saja apa yang orang lain buat.

Mungkin anda tak pernah terasa yang bank telah memperbodohkan anda selama ini. Barangkali selepas membaca tulisan ini, anda akan rasa betapa bank mempergunakan orang yang diperbodohkan untuk kaut keuntungan.

Anda simpan duit dalam bank

Bank tak wujud kalau tak ada orang simpan duit dengannya. Melalui duit yang kita simpan itulah dia gunakan pula untuk kasi orang lain pinjam.

Dalam ertikata sebenar, kita telah memberikan pinjaman pada wang sebagai modal untuk dia berniaga. Biasanya modal yang kita keluarkan sudah tentu ada pulangannya.

Katakan pulangan yang anda dapat dengan meletakkan RM50 ribu adalah 5% setahun dengan kadar tetap berdasarkan jumlah pokok RM50 ribu yang telah diberikan. Andaikan juga anda letakkan duit tersebut dalam tempoh selama 5 tahun.

Bank akan membayar balik pada anda sebanyak RM50 ribu + 5% x 50 ribu x 5 tahun = RM62,500. Anda mendapat keuntungan sebanyak RM12,500 dalam tempoh lima tahun.

Jika bank membuat pembayaran secara bulanan, keuntungan yang anda akan terima adalah berjumlah lebih kurang RM208 sebulan.

Ok! itu semua kiraan mudah dan diharap anda faham.

Sekarang andaikan pula anda saban bulan akan keluarkan wang yang disimpan itu sebanyak RM833 sebulan.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun sehingga di bulan terakhir dalam tempoh 5 tahun itu baki yang ada dalam simpanan anda hanyalah sejumlah RM834 sahaja.

Walaupun jumlah hanya tinggal sebanyak itu, bank masih tetap memberikan keuntungan sebanyak RM208 pada bulan yang terakhir tersebut!!!

Tidakkah itu sesuatu yang cukup menguntungkan?

Apakah anda rasa ada bank di negara kita atau di mana-mana sahaja di dunia ini yang akan melakukan perkara sebegitu untuk anda?

Saya dengar jawapan anda!, “hanya taukeh bank yang bodoh sahaja yang akan berbuat begitu!”…betul tak?

Memang betul! tak ada bank yang sebodoh itu. Jika anda masukkan wang untuk mendapat ganjaran, syaratnya adalah wang itu mesti kekal dalam jumlah yang sama untuk mendapat hasil pulangan seperti yang dikira di atas.

Bank beri duit pada anda

Sekarang mari kita kira pula senario terbalik di mana bank telah meminjamkan pada anda sejumlah RM50 ribu untuk anda membeli sebuah kereta baru.

Untuk memudahkan pengiraan, kita andaikan keuntungan yang sama dikenakan oleh bank dalam tempoh yang sama berdasarkan jumlah pokok iaitu RM50 ribu.

Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat bayaran sebanyak RM833 sebulan ditambah dengan keuntungan sebanyak RM208 sebulan (bersamaan RM1,041 sebulan).

Bulan demi bulan, tahun demi tahun anda bayar pada bank sehinggalah jumlah duit kepunyaan bank yang diberikan pada anda berbaki sebanyak RM834.

Dan pada bulan terakhir itu juga anda tidak ada pilihan selain dari tetap membayar RM1,041 di mana keuntungan masih tetap diberikan dalam jumlah RM208.

Ok! sekarang agaknya ada tak orang yang bodoh yang akan melakukan perkara sebegitu pada bank?

Jawapannya sudah tentu ada…ya anda dan juga saya dan kebanyakan mereka yang meminjam duit bank untuk membeli kereta atau membuat pinjaman untuk perkara lain dengan terma dan syarat yang sama.

Tidak anda rasa itu kerja bodoh?

Namun begitu, kita tetap amalkannya kerana bank memerlukan orang-orang yang bodoh sebegitu untuk mengaut keuntungan yang besar.

Tak perlu dinyatakan di sini tekanan-tekanan lain seperti cagaran, kereta atau barangan kena tarik dan dilellong dan lain-lain lagi….

Mungkin sekarang anda sedar kenapa orang seperti Teh Heong Piaw, pemilik Public Bank kaya raya berbillion-billion dan pendapatannya adalah RM 1 juta sebulan!

Nah! memang bank telah memperbodohkan kita…!

oleh mohd shubhi

Cara Mengatasi Cerewet

Sikap cerewet sebenarnya bukanlah perkara baru. Lebih-lebih lagi antaranya yang suka berlagak diva atau perasan dirinya bagus daripada orang lain. Perangai cerewet tak tentu fasal ini boleh membuat­kan orang meluat.

Biasanya, orang cerewet tidak akan menyedari dirinya cerewet, namun orang di sekitar yang biasanya menjadi korban tempias kata-kata sinis dan bebelan yang tiada henti itu.

Cerewet sebenarnya adalah satu bentuk kemarahan yang dilontarkan dengan cara perlakuan atau percakapan dan dilakukan seseorang kepada orang lain. Selain itu, ia juga boleh diungkapkan sebagai rasa tidak puas hati terhadap sesuatu kerana ia tidak mencapai tujuan dan kepuasan dirinya. Keinginan yang tidak dipenuhi juga menjadi faktor utama sikap ini.

Menjadi seorang yang cerewet ini ada baik dan ada buruknya. Yang baik akan terkena ke atas tuan empunya badan dan yang buruknya pergi kepada orang sekeliling. Namun keadaan ini bergantung. Sekiranya orang di sekeliling juga jenis cerewet ataupun tak kisah, pastilah dia tak akan rasa menyusahkan. Tapi jika berdepan dengan individu berbeza yang perwatakan lebih rileks, si cerewet tadi akan dilihat menjengkelkan.

Dikatakan, sikap cerewet yang timbul mungkin kerana seseorang itu menginginkan sesuatu dalam keadaan sempurna sedangkan manusia dicipta dengan serba kekurangan.


Siapa lebih cerewet?

Jika disebut pasal cerewet, sinonimnya akan dikaitkan dengan wanita. Kebiasaan yang selalu kita dengar, wanita dikatakan cerewet berkaitan perihal kecantikan dan penampilan diri, kebersihan, kekemasan rumah dan termasuklah pemilihan keperluan seperti pakaian dan barang keperluan. Tapi bagaimana pula lelaki?

Jangan pura-pura merasakan diri seorang yang sederhana, wahai jejaka! Sebenarnya, ramai juga lelaki perwatakan cerewet. Tetapi mereka jarang menonjolkan sikap ini kerana ia hanya boleh dilihat dalam situasi tertentu. Contohnya, cerewet dalam hal berkaitan kenderaan adalah biasa.

Namun lebih menarik apabila ada sebahagian daripada mereka lebih cerewet daripada wanita. Isu seterika baju hingga perlu timbulkan garisan sering disuarakan si isteri, isu masakan kurang sedap juga menjadi cabaran bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Bukan orang dewasa saja, kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada sikap ini. Ada berpendapat, si kecil hari ini lebih cerewet daripada orang dewasa dalam memilih makanan? Walaupun si ibu menyediakan masakan yang sedap, si kecil akan menolak ke tepi dan tetap berkeras enggan memakannya. Jika menjamah pun hanya sedikit manakala selebihnya dibuang begitu saja.

Namun dalam sesetengah hal, perlu ada sikap ini dalam diri. Sebagai pengguna, kita harus cerewet dalam membeli dan pentingkan kualiti supaya tidak sewenang-wenangnya ditindas peniaga. Sikap seperti ini yang banyak dipraktikkan masyarakat Eropah, sekali gus menjadikan mereka sebagai pendesak yang kuat untuk mengelakkan kenaikan harga barang pada musim perayaan contohnya.


Apa perlu buat?

Ada kalanya untuk menghadapi teman yang cerewet, suka mengatur atau mengarah itu ini boleh buatkan kita kesal dan meluat. Daripada marah dan bermasam muka, kajian dilakukan Kolej Baruch, City University of New York menyarankan cara terbaik untuk menghadapi orang yang menjengkelkan adalah dengan mendiamkan diri. Alihkan pandangan dengan ubah topik lain atau anda lakukan aktiviti lain seperti menonton televisyen dan sebagainya.

Dikatakan, kondisi mental seseorang akan lebih sihat jika dia mendiam­kan diri atau berusaha untuk menghentikan pembicaraan dengan mendiamkan diri daripada terus berbicara dan melayan kerenah orang yang membuatkannya berasa jengkel. Selain itu, difahamkan, si cerewet selalunya cenderung bercakap laju tetapi lambat bertindak.

Sejak kecil hingga dewasa kita selalu diajar orang tua, guru dan motivator untuk sentiasa berusaha jadi pemenang, namun dalam situasi berdepan dengan si cerewet, tak ada salahnya untuk mengalah. Jika si dia membebel tak puas hati itu ini, seeloknya ambil tindakan yang boleh redakan ketidakpuasan hatinya. Mengalah tak bermaksud anda kalah. Berjaya membuat keadaan kembali normal tanpa ada pertengkaran atau pergaduhan, itu menjadikan anda seorang pemenang tanpa disedari.


Cuba elak

Semua orang mempunyai sikap cerewet terhadap sesetengah perkara. Jika ia bersebab dan munasabah seperti perihal makanan dan kebersihan, tak akan ada yang melenting dan mempersoalkannya. Namun elakkan diri untuk terjebak dengan sikap cerewet yang tak berasas contohnya cepat bengang sekiranya rakan sekeliling berborak panjang atau mudah menyinga sekiranya makanan dipesan lambat siap.

Apabila banyak bergaul dengan orang sekeliling maka kita akan bertemu dengan pelbagai kerenah manusia. Ada yang nampak baik, tapi bila ada hal sensitif akan terus melenting, tak kurang juga yang cerewet. Pendek kata sebut pasal sikap, ada pelbagai sikap positif dan negatif dan cerewet banyak dikaitkan dengan negatif.

Umpamanya, jika tidak berkenan di mata semua benda akan dikritik. Pada pandangan penulis, memang tidak salah menegur untuk kebaikan, namun janganlah semuanya dilihat salah. Sama juga dalam hal pemberian. Apabila pemberian orang lain tidak berkenan di hati maka dia akan mengata itu ini dan bukannya mahu bersyukur atau berterima kasih kepada orang yang sudi memberi.

Sikap seperti ini boleh dikategorikan sebagai melampau dan kita perlu elakkan supaya tidak sebati dalam diri. Jika kita benci melihat orang cerewet terhadap sesuatu tak relevan dan remeh, janganlah kita pula bersikap sedemikian jika tidak mahu dipandang jelek.

Kadang-kadang apabila diri terlalu cerewet kita akan terpinggir. Orang sekeliling akan menjauhkan diri. Oleh itu dalam menjaga persahabatan atau perhubungan dengan keluarga atau masyarakat, janganlah terlalu menunjukkan kita ini begitu dominan.

tags:menangani mertua cerewet,ibu mertua cerewet,mak mertua cerewet,kenapa wanita cerewet,suami,bos,menghadapi suami yang cerewet,suami cerewet makan,penyakit cerewet,pasangan cerewet,

Antisosial pada pagi Syawal

Anti sosial lebih banyak dikaitkan dengan remaja yang lebih senang bersendirian dan berinteraksi bersama gajet seperti telefon bimbit dan komputer riba berbanding masyarakat sekeliling.

Mereka yang termasuk dalam golongan antisosial akan rasa sukar untuk berkomunikasi dengan dunia realiti dan kelihatan kaku terutama apabila diajak bersembang dengan saudara-mara yang bertandang ke rumah.

Namun apabila berinteraksi di dunia maya, mereka boleh dilabel antara golongan yang hebat dalam mengeluarkan hujah dan fakta tapi apabila di dunia sebenar, mulut bagaikan terkunci rapat dan tangan aktif menekan punat telefon bimbit.

Malah tidak hairanlah meskipun pada zaman kecanggihan teknologi, ada remaja yang lebih ‘rela’ memandang skrin telefon bimbit lebih lama daripada memandang wajah saudara-mara. Situasi ini membuatkan semangat beraya dan ikatan persaudaraan itu tidak dapat dipupuk semasa Aidilfitri.


Sikap antisosial ini jelas kelihatan ketika sambutan hari raya di mana ketika tetamu bertandang ke rumah tetapi ‘tuan rumah’ pula ligat muat naik gambar, menukar status dan menukar profil gambar di Instagram yang mudah diakses menerusi telefon bimbit sehingga boleh menyebabkan tetamu berkecil hati.


Apabila si antisosial tidak membuang sikap buruk mereka itu, akan timbul kesan seperti kurangnya keharmonian dalam kekeluargaan dan kemampuan dalam bersosial di dunia luar. Bahkan mereka merasakan berinteraksi di laman sosial lebih menyeronokkan dan mudah berbanding secara bersemuka.

Kemodenan teknologi yang pelbagai membuatkan ramai remaja bersikap antisosial. Mereka dilabelkan antara golongan yang cenderung untuk bersikap tidak ambil pusing ­dengan keadaan sekeliling dan lebih gemar mengutamakan gajet kerana berupaya meneroka apa saja di Internet dengan istilah ‘dunia tanpa sempadan’.

Tidak dapat disangkal lagi, laman sosial membantu dan mempermudahkan penggunanya untuk berinteraksi dengan orang lain tidak kira sahabat, keluarga, saudara-mara atau mereka yang tidak dikenali.

Namun pengaruhnya terhadap remaja menyebabkan mereka tidak menghiraukan ahli keluarga tanpa mengira waktu walaupun pada musim perayaan yang sepatutnya diluangkan bersama sanak saudara.

Dua laman sosial iaitu Facebook dan Twitter paling mendapat tempat di hati pengguna Internet khususnya remaja dengan statistik paling ramai. Kedua-duanya memiliki jutaan pengguna dan makin bertambah setiap hari. Ini antara sebab yang membuatkan anak muda alpa dan tidak peka dengan keadaan sekeliling kerana terlalu khusyuk mengakses laman sosial terbabit.

Sikap antisosial yang suka menyendiri umum­nya berpunca daripada sikap ketagih teknologi yang berkait rapat dengan gajet.

Apabila individu terjebak dengan virus antisosial ini, ia secara tidak langsung membuatkan dia dipulaukan keluarga, rakan dan masyarakat sekeliling kerana kurang berkomunikasi dengan mereka. Fenomena ini tidak terkecuali berlaku pada pagi Syawal.

Difahamkan, sebab utama sikap antisosial ini wujud dalam diri seseorang kerana kurang bijak membahagiakan masa di dunia maya dan realiti.


Adab menerima tetamu

Pelbagai adab yang perlu anda ketahui ketika beraya di rumah rakan ketika Aidilfitri. Anda mungkin terlupa adab sebagai tetamu dan adab melayan tetamu yang datang ke rumah.


1. Memberikan layanan yang baik

Seharusnya tetamu dilayan dengan baik dan tanya khabar tetamu yang datang ke rumah ketika pagi 1 Syawal. Buka pintu rumah jika terdengar ada tetamu yang memberi salam. Jangan malas untuk membuka pintu atau melengah-lengahkan masa untuk menjemput tetamu masuk kerana mereka akan menganggap anda tidak suka kedatangannya.


2. Menyediakan jamuan yang termampu

Orang-orang tua pada zaman dulu memang sangat suka menerima tetamu dan melayan mereka dengan sehabis baik disertakan dengan hidangan kelas pertama. Namun ia mengikut kemampuan tuan rumah untuk menghidangkan jamuan kepada tetamu yang datang. Jika tidak mampu, memadai dengan makanan yang biasa saja. Kalau hanya terdapat air ‘bujang’ atau biskut kering saja, tidak salah untuk menjamu mereka.


3. Menunjukkan wajah yang manis

Senyum ketika menerima tetamu tidak kira siapa juga mereka itu pada anda. Ingat jangan sesekali membuat muka yang tidak senonoh atau tidak disenangi di hadapan tetamu kerana mereka akan terasa hati dengan perlakuan anda. Walaupun ketika itu anda dalam keadaan penat agar tidak timbul fitnah di belakang anda nanti.


Apa pula peranan kita sebagai tetamu?

Adab sebagai tetamu harus dihayati agar hubungan yang ada kekal harmoni. Namun sebagai remaja, perlu ingat juga adab sebagai tetamu agar tuan rumah tidak jelek dengan kerenah yang anda tampilkan. Sedangkan Islam menggesa umatnya agar saling bermaafan pada Hari Raya dan tidak lupa dengan adabnya.


1. Mengunjungi rumah kawan pada waktu yang sesuai.

Elakkan pergi beraya ke rumah kawan pada waktu malam kerana berkemungkinan tuan rumah itu sedang berehat selepas penat melayan tetamu pada siang hari. Tetamu juga diingatkan agar tidak duduk dan bersembang dengan tuan rumah terlalu lama sehingga mengganggu urusan peribadi tuan rumah yang lain.


2. Berilah salam sebelum masuk ke rumah.

Adab sebagai seorang Islam sebelum masuk ke rumah orang lain haruslah memberikan salam dan selepas salam dijawab oleh tuan rumah, baru tetamu boleh masuk ke rumah tetapi jika salam tidak disambut, tetamu mesti menunggu dengan sabar di luar rumah sehingga tuan rumah keluar dan menjemput masuk.


3. Elakkan mata daripada meninjau keadaan di dalam rumah.

Perkara ini yang sering kali tetamu amalkan di mana suka melihat barang-barang atau almari kabinet tuan rumah terutama jenama yang digunakan. Sikap ini tidak harus anda lakukan semasa di rumah orang lain. Namun jika tuan rumah baru membeli barang baru sebagai perhiasan di rumah dan anda teringin melihatnya, minta izin dulu daripada tuan rumah sehingga dia membenarkannya.


4. Memuji makanan yang disediakan.

Harus diingatkan agar anda bermanis mulut ketika menjamah makanan yang tuan rumah sediakan. Cuba ikhlas dalam kata-kata pujian itu tetapi jika makanan yang dihidangkan tidak memenuhi cita rasa anda, jangan sesekali memberikan komen negatif yang tidak enak didengar.


5. Tidak tunggu di hadapan pintu rumah.

Selepas memberi salam anda berdiri dan tunggu tuan rumah membuka pintu di tepi dinding yang berhampiran dengan pintu rumah. Ini bertujuan agar tuan rumah tidak malu jika pakaian yang dipakainya terdedah atau menampakkan aurat. Tetamu juga harus menunggu dengan sabar dan memberi masa kepada tuan rumah untuk menjemput masuk. Sebelum pulang ucapkan terima kasih dengan layanan yang diberikan.

Lelaki Boroi Lepas Kahwin

Kenapa lelaki boroi lepas kahwin? Suami Boroi Tanda Bahagia?
Isu ini didebatkan berkurun-kurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan selepas berumah tangga dan si isteri pula sukar mencari bentuk badan yang lama. Bagaimanapun, situasi ini langsung tidak dilihat sebagai satu masalah, sebaliknya ia hanya dianggap satu perkara normal.

“Bahagialah selepas kahwin, itu yang perut sudah ke depan,” itulah alasan klise bagi mereka yang menegur.

Perubahan ini sememangnya mencacatkan penampilan. Sebetulnya, masalah pertambahan berat badan satu-satunya ancaman kesihatan yang sukar dielakkan, namun bahayanya ia langsung tidak dilihat serius oleh kebanyakan pihak.

Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan daripada keluarga.

Oleh kerana itu, hampir semua lelaki bujang mempunyai bentuk badan menarik dengan perut kempis dan berat badan mereka sekitar 55 hingga 75 kilogram. Namun selepas seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari setahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Rata-rata mereka sudah tidak lagi hidup aktif.

Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambahan pula apabila mendapat isteri pandai dan gemar memasak. Lelaki akan berasa selesa selepas berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita, yang bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak selepas berumah tangga, malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak selepas bersuami.

Mereka mula gemar mengumpul resipi dan menonton rancangan masakan. Mereka tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan peralatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak begitu.

Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan berasa cukup puas. Itulah hakikat dan realitinya jika ditanya kepada wanita bergelar isteri.

Selepas berkahwin, kebanyakan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Jadi lemak daripada pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi.


Perut ke depan selepas dua tahun

Terdapat dua jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan bertambah, gemuk dan berperut buncit manakala jenis kedua pula adalah lelaki itu akan bertambah berat badannya tapi masih lagi kurus, cuma bahagian perut saja membuncit.

Walaupun pakar sains tidak dapat menjawab yang lelaki boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ia terjawab dengan mudah.

Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi selepas dua tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik perceraian juga melaporkan hampir 89% kes perceraian berlaku kepada suami yang ‘slim’ dan masih tampan. Berbanding kadar perceraian yang membabitkan suami boroi hanya sekadar 19% kes perceraian.

Mungkin anda terperanjat sekarang, namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Malah kajian yang sama ada menyebut yang lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh serta lebih mementingkan rumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si isteri tidak lagi menitikberatkan penampilan.

97% kes perceraian datangnya daripada masalah isteri sebegini.

Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya selepas berkahwin. Cukup sekadar merapi rambut dengan cantik dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat.

Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Rupa paras suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Walaupun dengarnya seperti tidak adil atau berat sebelah, namun itulah budaya yang sudahpun diterima sejak dulu lagi. Percaya atau tidak, ada juga sebuah blog yang menyenaraikan satu laporan kajian yang menyebut hampir 77% wanita berkahwin memakai susuk pada zaman dulu untuk memastikan suami mereka akan terus setia.

Lihat saja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang terletak cantik dipadankan dengan kebaya ketat, punggung padat dan bersanggul tinggi. Itulah kekuatan seorang perempuan.


Berisiko hidap diabetes dan jantung

Perut kempis dan kemas bukan saja menambah keyakinan diri seorang lelaki, malah yang lebih penting ia mencerminkan kesihatan pemilik tubuh itu. Maka tidak hairanlah ramai dalam kalangan lelaki berusaha untuk mengekalkan perut menarik dengan susuk gaya menggiurkan.

Terdapat kajian membuktikan lelaki yang memiliki tumpuan lemak di kawasan perut atau disebut juga memiliki bentuk tubuh seperti buah epal, lebih berisiko terkena penyakit diabetes, angin ahmar dan jantung.

Sebelum mentafsir kegemukan dan kaitannya dengan beberapa penyakit berbahaya, seharusnya lelaki mengambil inisiatif dengan melakukan ujian BMI (indeks jisim tubuh). Ini bagi menentukan tahap kegemukan badan seseorang.

Ada kaitannya dengan penyakit jantung pula? Perut buncit dikatakan berkaitan dengan penyakit jantung tapi bukanlah secara langsung. Jika dikatakan kegemukan tubuh keseluruhan, ia secara langsung berkaitan dengan penyakit jantung.

Sindrom itu dinamakan sindrom metabolik. Antara penyakit lain berisiko secara tidak langsung ialah darah tinggi, pradiabetes dan kolesterol tinggi. Semua ini ada berkaitan dengan jantung. Contohnya jika seseorang itu menghidap darah tinggi, individu itu boleh terkena serangan jantung dan diabetes.

Faktor utama buncit disebabkan pemakanan yang tidak seimbang dan kurangnya bersenam. Kedua-dua ini menyebabkan lelaki berisiko tinggi menghidap kencing manis dan masalah kolesterol.

Justeru, jangan hanya menggaru kepala atau terdetik bimbang dalam hati. Kepada lelaki boroi atau hampir ke tahap obesiti, ubah gaya hidup anda.


Ubah gaya hidup

Secara umumnya, seorang lelaki itu harus kurangkan makanan bergoreng dan berkolesterol tinggi. Kurangkan pemakanan berunsur karbohidrat seperti nasi putih, roti putih, kentang, kuih-muih serta kurangkan pemakanan berkalori tinggi seperti berlemak atau berminyak.

Disyorkan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan seperti epal, betik dan limau namun tidak digalakkan ialah tembikai, mangga serta durian.

Lelaki juga digalakkan memakan lebih protein daging putih seperti ikan dan ayam (bukan bergoreng) serta kurangkan mengambil daging merah. Jangan mengamalkan pengambilan minuman yang bergas kerana ia mengandungi gula yang tinggi.

Gaya hidup pula mesti berubah dengan melakukan senaman 30 minit sehari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman yang disyorkan adalah berjalan secara cepat. Sekiranya seseorang lelaki itu disahkan menghidap penyakit diabetes atau jantung, mereka masih boleh melakukan senaman dan mengamalkan corak pemakanan lebih sihat, cuma sebagai tambahan, mereka perlu mengambil ubat-ubatan tertentu untuk mengawal penyakit mereka.

Apabila seorang lelaki semakin meningkat usia, hormon testeron semakin berkurangan. Oleh itu mereka lebih cenderung untuk gemuk terutama di bahagian pinggang.

Kesimpulannya, orang buncit sebenarnya meninggikan risiko mendapat penyakit diabetes jika ia tidak dikawal melalui pemakanan dan senaman.

Rahsia Wanita Cantik

(wawa zainal)gambar sekadar hiasan
Rahsia Gadis Wanita Mengekalkan Kecantikan dan Keayuan

Setiap Wanita pasti memiliki keinginan untuk kekal cantik dan ayu, dan kita juga percaya setiap wanita memiliki petua kecantikan tersendiri. berikut beberapa petua untuk mengekalkan kecantikan dan keayuan seorang wanita.

1) Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari

2) Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3)Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4) Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5) Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6) Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7) Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8) Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9) Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10)Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11)Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12) Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

oleh - izza farhana

Cara Murah Rezeki

20 Amalan Cara Nak Murah Rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Diantaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Dipatuk Ular Dalam Mangkuk Tandas

Tel Aviv: Seekor ular dilaporkan muncul dan mematuk kemaluan seorang lelaki ketika dia duduk dalam sebuah tandas, kata paramedik di Israel semalam.

Bagaimanapun lelaki terbabit bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia mampu berjenaka mengenai insiden itu.

Lelaki berusia 35 tahun dari utara Israel itu berkata, dia menyedari ada seekor ular menyerang selepas kemaluannya berasa panas seperti terbakar.

“Apabila saya melihat ke bawah, saya nampak seekor ular di dalam mangkuk tandas,” katanya.
Sementara itu anggota paramedik di Pusat Perubatan Rambam di Haifa berkata, mangsa masih bersemangat walaupun mengaku terkejut dengan kejadian itu.

“Walaupun ular itu tidak berbisa, patukannya meninggalkan parut pada kemaluan mangsa,” katanya.
Menurut paramedik itu, pengalaman merawat mangsa patukan ular di kemaluan lelaki adalah yang pertama untuknya. “Dia bernasib baik kerana semua ujian tidak menunjukkan ada ancaman kesihatan dialami mangsa,” katanya.

14 Gambar Paling Mahal Di Dunia


Fotografi merupakan salah satu dari cabang seni. Kamera ialah perkakasan untuk menghasilkan sebuah karya seni sama seperti pelukis yang menggunakan berus untuk sebuah lukisan. Jika anda penah meneliti gambar-gambar yang memenangi pertandingan foto yang berprestij sesebuah gambar mempunyai maksud yang mendalam yang diterjemahkan melalui komposisi sudut, pencahayaan dan warna yang sempurna. Senarai di bawah adalah 14 foto termahal di dunia yang telah terjual dan ada beberapa gambar dihasilkan oleh jurugambar yang sama.

14. Joueur d'Orgue oleh Eugène Atget. Dijual pada April 2010 dengan harga: $686,500.


Gambar ini adalah salah satu dari sini gambar ‘Picturesque Paris’ yang dihasilkan oleh Atget pada penghujung 1809. Gambar ini memaparkan pemain organ di sebuah jalan di Paris. Pemain-pemain muzik pada masa tersebut berperanan seperti surat khabar. Lagu-lagu yang dihasilkan mereka sering diilhamkan dari peristiwa-peristiwa semasa dan secara tidak langsung mereka menyebarkan berita dan idea kepada masyarakat.


13. One oleh Peter Lik. Dijual pada Disember 2010 dengan harga $1,000,000.


Gambar ini diambil oleh jurugambar lanskap Auralia, Peter Lik dan telah dibeli oleh seorang pengumpul seni yang dirahsiakan namanya. Gambar ini diambil di tebing Sungai Androscoggin di New Hampshire selepas waktu subuh. Hanya satu cetakan 'One' dikeluarkan. Menurut Lik, beliau melihat refleksi gabungan pokok birch putih, pepohon kehitaman dan kaleidoskop dedaun yang menghasilkan ilusi tiga dimensi mengkagumkan. Gambar ini diambil dengan sekali petikan.

12. Nautilus oleh Edward Weston. Dijual pada April 2010 dengan harga $1,082,500.

Nautilus adalah foto hitam-putih yang diambil oleh Edward Weston pada tahun 1927 yang menunjukkan sebuah cengkerang nautilus dengan latar belakang yang gelap. Foto ini dikatakan "tanda aras kemodenan dalam sejarah fotografi."

11. Dovima with elephants oleh Richard Avedon. Dijual tahun 2010 dengan harga $1,151,976.

Gambar Dovima with elephants diambil di Cirque d'hiver, Paris pada August 1955. Gaun yang dipakai oleh Dovima merupakan gaun malam pertama direka untuk Cristian Dior oleh pembantunya Yves Saint-Laurent.

10. Untitled (Cowboy) oleh Richard Prince. Dijual pada November 2005 dengan harga $1,248,000.

Gambar ini bukanlah gambar asli dari sebuah kamera. Untitled adalah sebuah gambar yang diambil semula (rephotograph) dari gambar original oleh Sam Abell untuk sebuah iklan rokok Malboro Man.


9. Georgia O'Keeffe (Hands) oleh Alfred Stieglitz. Dijual tahun 2006 dengan harga $1,470,000.

O'Keeffe mula mendapat perhatian oleh komuniti seni di New York pada 1916. Pada masa tersebut wanita dilarang dari mempelajari seni di kolej dan universiti di Amerika. O'Keeffe mula menghasilkan lukisan seni abstrak mulai 1910 dan dalam tempoh sedekad beliau telah meletakkan dirinya sebagai artis penting dan ikon dalam seni lukisan moden. Kedua-dua gambar (Georgia O'Keeffe Nude dan Georgia O'Keeffe (Hand)) diambil oleh suaminya Alfred Stieglit.

8. Nude oleh Edward Weston. Dijual pada April 2008 dengan harga $1,609,000.

Gambar ini adalah salah satu dari siri gambar Nude diambil pada 1925. Gambar ini hanya menunjukkan bahagian belakang badan, punggung dan bahu supaya identiti empunya badan tidak dikenali. Foto ini digambarkan sebagai "a timeless, formal simplicity that suggests a poetic rendering of a cloud formation in the sky" dan juga  “almost like a stark landscape”.

7. Tobolsk Kremlin oleh Dmitry Medvedev. Dijual pada Januari 2010 dengan harga $1,750,000.

Gambar 'Kota Kubu' Kremlin di bandar Tobolsk, Russia diambil oleh Presiden Russia, Dmitry Medvedev. Harga lelongan gambar ini telah mengatasi harga lukisan bekas presiden Vladimir Putin yang dijual dengan harga $1,200,000.

6. Billy the Kid oleh Tidak Diketahui. Dijual pada Jun 2011 dengan harga $2,300,000.

William H. Bonney (23 November1859 - 14 Julai 188) lebih dikenali sebagai Billy Kid atau Henry Antrim, yang merupakan penembak abad ke-19 Amerika yang menyertai Perang County Lincoln. Menurut legenda, dia telah membunuh 21 orang tetapi maklumat lain menyatakan dia hanya membunuh diantara empat dan sembilan orang sahaja. Gambar di atas (dipercayai satu-satunya gambar Billy Kid yang masih wujud) diserahkan sendiri oleh Billy kepada rakannnya Dan Dedrick dan telah menjadi harta milik keturunan Dendrik sehingga ia dijual.

5. Untitled #153 oleh Cindy Sherman. Dijual pada November 2010 dengan harga $2,700,000.

Karya Sherman ini berketinggian enam kaki dicetak menggunakan warna chromogenic. Ia memaparkan seorang artis sebagai mayat yang berlumuran lumpur.

4. The Pond-Moonlight oleh Edward Steichen. Dijual pada Februari 2006 denga harga $2,928,000.

Gambar ini diambil pada 1904 di Mamaroneck, New York berhampiran rumah sahabat Steichen iaitu Charles Caffin yang juga seorang pengkritik seni. Gambar ini adalah antara gambar terawal untuk fotografi berwarna mendahului teknik foto berwarna yang lebih popular: 1907 autochrome. The Pond-Moonlight telah dihasilkan secara manual dengan menggunakan gumi peka-cahaya (light-sentitive gums).


3. 99 Cent II Diptychon oleh Andreas Gursky. Dijual pada Februari 2007 dengan harga  $3,346,456, November 2006 dengan harga $2.48 juta (cetakan kedua) dan May 2006 dengan harga $2.25 juta (cetakan ketiga).

Jika dijumlahkan kesemua lelongan gambar ini adalah gambar termahal yang pernah dijual dengan jumlah harga $8.07 juta. 99 Cent II Diptychon menceritakan suasana di sebuah pasar raya. Dengan mengurangkan dan meluaskan ruang antara baris, gambar ini memberikan perasaan yang hebat dan luar biasa. Penonjolan warna yang ditekankan dalam gambar 99 Cent II Diptychon menggambarkan taktik pemasaran yang berkesan oleh penjual kepada pembeli.

2. Untitled #96 oleh Cindy Sherman. Dijual pada May 2011 dengan harga $3,890,500.


Gambar ini menurut pelelong (tidak diterjemahkan untuk mengelakkan kesilapan penyampaian maksud sebenar):
Sherman adopted the personae of a teenage girl in this large, almost life-size photograph - lying supine on the floor, clutching a page torn from the newspaper classifieds. Who is this girl? Why is she lying on the floor? Is she scheming to find true love, or the brokenhearted victim of a failed love affair? The work exudes shock and confrontation through its scale and the boldness of Sherman's tight compositional framing, yet the figure at the work's center is also endearing and curiously vulnerable. Sherman places these conflicts at her work's very heart, as she questions, not only the medium of photography, but also our wider assumptions about gender and truth in the modern world... The girl in the gingham dress does not meet our gaze but instead looks off into the middle distance, as if distracted by dreams of an unrequited love affair or a romance that is still a figment of her imagination. However her schoolgirl naivety is betrayed by her freshly painted blood red nails, heavily rouged cheeks and bright red lipstick - all signs of burgeoning sexuality, all enhanced by the provocative upturned hem of her skirt...

1. Rhein II oleh Andreas Gursky. Dijual pada 8 November 2011 dengan harga $4,338,500.


Gambar termahal ini dihasilkan pada 1999. Ia adalah gambar kedua (juga terbesar) dari enam gambar yang menggambarkan Sungai Rhein. Perincian gambar yang minimalis bukan terhasil secara kebetulan. Ia telah disunting secara digital untuk menghilangan gambar asal seperti anjing dan bangunan kilang. Rhine II telah dicetak pada saiz 350cm x 200cm.


6 Tips Untuk Muslimah Elak Dari Jenayah Rogol


Setiap hari kita disajikan dengan pelbagai berita jenayah yang sering menjadikan golongan wanita yang bersifat lemah dan tidak berdaya sebagai mangsa, khususnya membabitkan jenayah rogol, cabul dan sebagainya.

Meskipun negara kita mempunyai undang-undang dan pihak berkuasa yang menguatkuasakan segala peraturan tersebut, jenayah seksual masih terjadi seolah-olah tiada kesudahan.

Justeru, penulis ingin berkongsi beberapa tips dan panduan untuk golongan hawa bagi mengelakkan diri dari dizalimi oleh manusia-manusia durjana tersebut.

1. Berpakaian menutup aurat sebagaimana yang dianjurkan Islam – Sebagaimana kita tahu Islam itu lengkap dan perlu dijadikan rujukan pertama untuk sebarang masalah yang kita hadapi.

Aurat merupakan kewajipan yang ditetapkan Allah SWT melalui RasulNya, Muhammad SAW, kepada seluruh umat Islam dan antara hikmahnya ialah mengelak dari perbuatan jahat segelintir manusia terhadap golongan muslimah.

Misalnya, riwayat mengisahkan bagaimana seorang muslimah berhijab yang berjalan seorang diri dan dihampiri oleh sekumpulan lelaki yang berniat menjadikannya alat pemuas nafsu. Kumpulan lelaki itu pada mulanya membayangkan wanita itu sebagai masih muda dan jelita.

Bagaimanapun, setelah menghampiri muslimah itu, mereka dapati dia hanya berselindung di sebalik hijab dan wanita itu sudah tua, tidak mengghairahkan serta berkedut-kedut kulitnya. Ia menjadikan mereka ‘tidak lagi berselera’ untuk meneruskan niat buruk mereka dan jelas sekali aurat muslimah itu telah menyelamatkannya dari bahaya rogol tersebut.

2. Tidak mengenakan pakaian yang seksi – Ramai yang beranggapan memakai tudung dikepala sudah cukup memadai untuk menutup aurat. Namun tidak ramai yang tahu dan mempraktikkan pemakaian yang longgar, labuh dan fabrik berwarna gelap dalam etika pemakaian mereka.

Masih ramai yang bertudung, tapi seksinya mengalahkan artis. Berseluar dan berbaju-T, berlengan panjang yang ketat begitu popular di kalangan remaja sekarang – mereka menganggap pakaian begitu mengikut trend busana muslimah yang terkini.

Berpakaian seksi dan menampakkan bentuk tubuh sebenarnya menambahkan lagi keinginan seksual lelaki buas untuk merogol wanita yang berpakaian begitu, tanpa mengira sama ada wanita itu muslimah atau tidak.

Justeru, bagi wanita yang menghargai maruah dan harga dirinya, disarankan agar tidak mengenakan pakaian seksi.

3. Berdoa kepada Allah – Rasulullah SAW di dalam hadisnya pernah bersabda;

“Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” – Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, Imam Ahmad.

Doa tersebut berbunyi begini: “Bismillahil lazi la yadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi wa la fis samaa’ie, wahuwas sami’ul ‘aliim”. (Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui, – Dibaca tiga kali setiap pagi.

4. Mempelajari sedikit asas teknik mempertahankan diri – Kini kerajaan menggariskan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah dan salah satu aktiviti yang diketengahkan ialah seni bela diri.

Pelbagai jenis seni Silat, Taekwondo, Judo, Karate, Aikido, Wushu, Silambam, Kalaripayat dan sebagainya diperkenalkan di kalangan pelajar.

Disarankan agar golongan pelajar perempuan mengikuti aktiviti tersebut bagi mempertahankan diri mereka dari sebarang bahaya, khususnya dari mereka yang berniat menyerang mereka secara seksual.

5. Semburan Lada – Satu alat yang menyemburkan serbuk lada. Sangat terkenal di barat dan kurang diberi perhatian kepentingannya di negara ini. Ia boleh didapati di kedai-kedai penjagaan kesihatan seperti Watson, Guardian atau seumpamanya.

Wanita digalakkan memilikinya sebagai pertahanan terakhir sekiranya gagal melepaskan diri.

6. Elakkan dari mengikut lorong atau jalan yang sunyi seorang diri – Sekiranya berhajat sangat mahu ke suatu tempat dan diketahui jalan menuju ke lokasi itu sunyi dan terasing, disarankan agar membawa teman yang boleh diharapkan.

Jika boleh, bawalah lebih dari seorang teman dan merupakan mahram muslimah tersebut. Terbaiknya, bawalah ibubapa sebagai peneman anda.

Semoga kita semua dihindarkan dari segala bahaya dan semoga kita tidak mencari bahaya itu sendiri. Insyaallah…

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Senarai 10 Fobia Yang Paling Pelik Di Dunia


Definasi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah 10 jenis fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyarakat di serata dunia. Amat pelik dan mungkin bodoh bunyinya, namun ia tetap wujud dan berlaku.

Optophobia: Fobia untuk membuka mata

Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.

Chorophobia: Fobia terhadap tarian

Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.

Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa

Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.

Arachibutyrophobia: Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut

Senarai fobia yang pelik tidak akan lengkap jika kita tidak sebut Arachibutyrophobia. Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!

Heliphobia: Takut kepada cahaya matahari

Pastinya satu keadaan yang amat sukr untuk mengelak daripada cahaya matahari sepanjang masa. Satu ia sukar untuk dilakukan, keduanya ia juga tidak elok untuk kesihatan (jika dijauhi sepenuhnya). Bermula dari rasa takut akan bahaya yang wujud pada matahari.

Deipnophobia: Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam

Ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.

Neophobia: Takut kepada benda-benda baru

Ramai orang yang mahu mencuba benda baru dan pengalaman baru. Namun bagi penghidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup mereka. Penghidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Kajian juga memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunya jangka hayat yang pendek. Ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui saban hari.

Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara

Rasanya ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.

Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri

Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.

Geniophobia: Takut kepada dagu

Yup…dagu, bahagian di muka kita itu. Ini mungkin fobia yang paling sengal di dunia ni. Selain itu ada juga fobia lutut (genuphobia), fobia tangan (chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). Bagaimanapun, fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi.

5 Perbuatan Baik Yang Bawa Padah??


Semua orang tahu bahawa tabiat yang tidak baik seperti merokok, tidak bersenam dan meminum minuman beralkohol memberikan kesan buruk terhadap kesihatan. Namun begitu, terdapat juga perbuatan yang baik tetapi boleh membahayakan badan kita. Antara 5 rutin yang boleh membawa padah adalah,


1. Kerap memakai cecair pembasuh tangan
Menurut Richard Gallo, MD, PhD, ketua bahagian Dermatology di University of California, San Diego, sebaiknya elakkan menggunakan cecair pembersih tangandengan kerap. Dalam sebuah kajian, dijelaskan bahawa cecair pembersihmengandungi triklosan yang membuat bakteria menjadi kebal dan berkembang lebihcepat. Hal ini juga berlaku pada semua sabun pencuci tangan yang mengandungitriklosan. Oleh kerana itu, Gallo menyarankan untuk mencuci tangan dengan sabun atau yang mengandungi alkohol minimum 60% kerana boleh membunuh bakteriasehingga 99%.


2. Kerap menukar produk kecantikan
Hasil yang lama membuatkan anda mencuba pelbagai produk kecantikan, bermula dari ubat jerawat sehinggalah pemutih kulit. Hal ini dejelaskan oleh Jody Levine,seorang dermatologis dari New York.
"Wanita biasanya mudah bosan dengan rutin kecantikan mereka, terutamanya jikamereka tidak mendapat hasil dengan cepat. Perlu diketahui bahawa, produkkecantikan akan memberikan hasil dalam sekitar enam atau lapan minggu selepaspenggunaannya, "ujar Levine.
Mencuba pelbagai jenis produk kecantikan akan menyebabkan kulit merah, warna kulit yang tidak sekata dan kulit berbekas. "Biasanya kulit seseorang berubahmenjadi sangat sensitif ketika mencuba terlalu banyak produk. Hal ini keranatingginya kandungan pewangi dan pembersihan dalam produk tersebut, "tambahLevine.


3. Memakai 'selipar Jepun' (flip flop slippers)
Ketika ingin mengelak dari kasut bertumit tinggi, anda pun memilih selipar jepun. Malangnya, menurut Jordana Szpiro, seorang podiatrist di Boston, kebiasaan tersebut tidak memberikan apa-apa pengaruh baik, bahkan berbahaya.
"flip flop slippers tidak memberi sokongan kepada struktur kaki dan boleh menyebabkan patah tulang kerana kaki menjadi tegang kerana disebabkan cuba menahan berat badan," jelas Szpiro.
Selain itu, otot-otot pada bahagian depan tulang kering (tibialis anterior) bekerja lebih keras daripada ketika kita berkaki ayam kerana jari-jari kaki cuba menahan selipar supaya tidak 'bergerak' ke mana-mana. Oleh kerana itu, adalah lebih baik jika anda memilih selipar jepun dengan penutup tumit, bertali besar serta mempunyai lengkungan pada telapak kaki(mengikut bentuk tapak kaki).


4. Menggosok gigi selepas makan
Memberus gigi terbukti boleh menjaga kesihatan gigi dan mulut. Namun para pakar gigi tidak menyarankan untuk terus memberus gigi selepas makan. Beberapa jenis makanan dan minuman seperti kopi, buah, atau minuman ringan mempunyai kandungan asid yang tinggi.
"Jika terus memberus gigi selepas minum minuman berkarbonat atau makan makanan yang masam, gigi boleh terhakis," kata Meinecke, jurucakap Academy of General Dentistry. Supaya tidak berlaku hakisan yang boleh mengakibatkan menipisnya lapisan gigi, sebaiknya anda berkumur dahulu untuk meneutralkan kandungan asid dalam mulut. Tunggu lebih kurang satu jam sebelum memberus gigi.


5. Latihan cardio untuk menurunkan berat badan
Jika anda fikir dengan latihan kardio sahaja boleh menurunkan berat badan dengan mudah, anda ternyata salah. Menurut Joseph Ciccone, DPT, CSCS, seorang ahli terapi di Columbia Doctors Eastside Sports Therapy di New York, "Jika anda hanya melakukan latihan kardio maka tubuh akan terbiasa dengan rutin tersebut dan mula membakar lemak lebih sedikit dari masa ke semasa."


Selain itu, melakukan gerakan sukan yang sama (kardio) terus-menerus juga boleh membuat otot-otot tegang dan cedera. Sebaiknya lakukan beberapa gerakan sukan lain dan sesekali rehatkan diri anda untuk menjaga denyutan jantung sentiasa stabil. Bahkan menurut Ciccone, mempelbagaikan jenis sukan, seperti berjoging dan kardio, dapat mengurangkan kalori dengan lebih banyak.

Fakta Tentang Kucing


Kucing atau nama saintifiknya Felis catus merupakan haiwan peliharaan kebanyakan orang pada masa kini. tahukah anda bahawa kucing tidak berpeluh? berikut adalah beberapa fakta tentang kucing yang menarik.


1. Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, 5 kali lebih banyak dari manusia

2. Kucing memiliki 230 tulang, 24 kali lebih banyak dari manusia

3. Kucing tidak memiliki tulang selangka, *clavicle

4. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah
bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan

5. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia dan anjing. Batas pendengaran kucing 65 khz, sedangkan manusia ialah 20 khz

6. Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lain (dalam hubunga mata dengan besarnya tubuh)

7. Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan mutlak, akan tetapi ketajaman matanya pada waktu malam sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan penyerap cahaya yang disebut tapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang memasuki retina

8. Pandangan kucing ialah 185 darjah

9. Kucing memiliki deria hidu 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia hanya 5-20 juta

10. Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per menit (jika kamu ingin melakukan pemeriksaan denyutan nadi, lakukan di peha belakang di bahagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh)

11. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per menit

12. Suhu tubuh kucing normal 102F atau 38.8C

13. Kucing kampung dapat lari dengan kecepatan 31 batu per jam

14. Kucing memiliki sistem saraf yang sangat sensitif

15. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya

16. Setiap kucing memiliki corak hidung yang sangat khas, sehingga setiap kucing berbeza corak hidung masing-masing

17. Kucing bertindak balas terhadap daripada panggilan wanita lebih baik dari pada lelaki,

18. Orang yang alergi terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing

19. Telah dibuktikan secara kajian bahwa mengusap kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita

20. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan

21. Kucing dapat membuat lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya sekitar 10 bunyi vokal

22. Kucing berpeluh melalui telapak kakinya (terutama apabila mendengar bunyi anjing)

23. Kucing tidak dapat merasa manis

24. Sekeor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga

25. Umur kucing lebih pantas bergerak berbanding manusia.


Lawak:Suami Terbaik


Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab esklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut:

“Hello?”

“Abang, nie sayang nie,”

“Emmm…”

“Abang masih ada di kelab lagi ke?”

“Iya.”

“Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?”

“Berapa harganya?”

“Cuma $1500.00 aje”

“O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat”

“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu “

“Berapa harga yang dia bagi?”

“Cuma $280,000 …”

“O.K tapi pastikan harga tu dah on the road.”

“Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi…”

“Apa?”

“Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan…. pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu… sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . “

” Berapa harga yang mereka minta?”

” Cuma $740,000… O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . .”

“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?”

“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”

“Bye… I Love you too…”

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? “

Perempuan Mudah Masuk Syurga


Perempuan Mudah Masuk Syurga

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )

wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Jika seorang wanita itu mengikut apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.

Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu disoal sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hidupnya jihadnya kemana dan lain lain lagi. Macam-macam lagi pertanyaan Allah.

Tetapi, wanita juga yang paling ramai ke dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perbuatan keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, sama ada dosa kecil atau besar.

Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal taat kepada suaminya.

Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.

Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?

Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.

Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah.

10 Gambar Kelibat Hantu Di Malaysia


Di negara ini juga tidak kurang munculnya pelbagai cerita seram dan perkara aneh, dan pelbagai jelmaan pelik yang tidak sepatutnya berada di lokasi gambar diambil. Kami memaparkan 10 gambar yang agak popular yang diambil oleh rakyat tempatan, dan tidak kurang seramnya.

1. Hantu Budak Cina Tol Plaza

Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.


2. Hantu Kereta Remuk

Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.

3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap



Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan

Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.

5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal

Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.

6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan

Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.

7. Pocong Di Kawasan Kilang

Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada

Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.

9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin

Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu’alam.

10. Wanita Kebaya Merah

Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.

Cara Melebatkan Misai dan Janggut


Terdapat beberapa petua untuk melebatkan janggut.


1. Ambil setengah gelas santan pekat yg dicampurkan dengan 1/4 gelas air kayu cendana. Telur udang yang telah dihaluskan juga dicampur. Sapu campuran tersebut rata-rata pada janggut anda. Hasilnya amat memuaskan.


2. Pakai minyak bon . Tetapi ada caranya.. cukur sampai licin, kemudian sapu sikit air suam, kemudian baru sapu dengan minyak bon. Pantangnya, jangan makan benda berempah.

3. Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan tumbuk lalu lumurkan pada misai atau janggut

4.Ambil putih telur dan sapukan di kawasan yg anda inginkan mengikut bentuk citarasa anda tersendiri.. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut.