10 Film Terbaik Malaysia 2011


Tahun 2011 menyaksikan banyak filem tempatan yang berjaya mendapat kutipan tertinggi dan sambutan luar biasa daripada penonton. Ia merupakan petanda baik buat semua penggiat seni tanah air untuk sentiasa memantapkan karya mereka bagi tatapan penggemar filem.


Mari kita saksikan 10 filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang tahun 2011 mengikut carta yang diambil daripada laman sesawang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

10 Filem Terbaik Malaysia 2011



1. KL GANGSTER

Pada saat ini, filem arahan Syamsul Yusof merupakan Filem Terbaik Malaysia 2011 yang mendapat kutipan tertinggi. “KL Gangster” yang diterajui oleh Aaron Aziz, Adyputra dan juga Syamsul sendiri ini berkisarkan permusuhan dunia samseng di ibu kota. Filem ini telah berjaya mendapat kutipan RM11.74 juta dan kejayaan “KL Gangster” tidak berhenti di situ sahaja apabila Syamsul diangkat sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24. Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa penggemar filem dahagakan filem aksi selepas industri filem dikuasai oleh genre seram satu ketika dulu.



2. OMBAK RINDU

Berjaya mendapat kutipan sebanyak RM10.9 juta secara keseluruhan, filem arahan Osman Ali yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari ini berjaya mencipta satu fenomena apabila ia ditayangkan di pawagam pada 1 Disember 2011. Menggandingkan pelakon hebat dan popular seperti Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae, “Ombak Rindu” menyaksikan perjalanan kisah hidup Izaah yang penuh dengan onak dan duri.



3. HANTU BONCENG

Filem yang menggandingkan aktor kelakar Zizan Raja Lawak dan aktres Juliana Evans ini dikatakan berjaya mencipta ‘hubungan cinta’ antara dua peneraju utamanya apabila dilihat mesra bersama. Filem arahan Ahmad Idham ini telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM8.53 juta, mempertaruhkan genre yang menjadi kegilaan penonton tempatan iaitu komedi seram. “Hantu Bonceng” mengisahkan seorang mat rempit yang diganggu oleh hantu wanita yang mati dalam satu kemalangan ketika bersamanya.



4. KONGSI

Filem arahan Farid Kamil ini merupakan saingan hebat buat filem “KL Gangster” arahan Syamsul Yusof ketika Festival Filem Malaysia ke-24 tahun lalu. Malah apabila Syamsul dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik, muncul khabar angin kononnya Farid tidak berpuas hati. Walaubagaimanapun “Kongsi” telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM8.09 juta. Tidak dinafikan jalan cerita yang menarik, elemen komedi yang diselitkan dan semestinya peneraju utama Shaheizy Sam adalah tarikan filem “Kongsi” mendapat perhatian ramai. Ia mengisahkan seorang pembunuh upahan yang ditugaskan membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia.



5. KHURAFAT

Ini merupakan filem kedua arahan Syamsul Yusof yang berjaya mencatat kutipan tinggi untuk tahun 2011. Ditayangkan pada awal Januari, ia berjaya mencatat kutipan lebih RM8 juta. Dilakonkan oleh Syamsul sendiri bersama aktres muda Liyana Jasmay, memang tidak dinafikan keunikan jalan ceritanya serta imej seram yang begitu efektif menjadi tarikan utama penggemar filem ke panggung, walaupun pasti ada yang mempertikaikan kesesuaian dan keserasian antara pasangan ini.



6. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

“Hikayat Merong Mahawangsa” (HMM) pernah dikatakan ‘tidak layak’ diangkat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 tahun lalu. Walaupun berjaya mendapat kutipan sebanyak RM6.5 juta di Malaysia dan kurang daripada apa yang disasarkan, filem ini dilaporkan tidak begitu mendapat sambutan di peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada KRU Studios kerana mengambil langkah berani untuk menghasilkan filem yang sarat dengan teknik penjanaan imej berkomputer (CGI) ini dan ia merupakan sesuatu baru kepada industri filem tempatan.



7. NUR KASIH THE MOVIE

Kisah percintaan Adam dan Nur Amina ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM4.93 juta. Diadaptasi daripada drama bersiri “Nur Kasih“, filem arahan Khabir Bhatia ini sememangnya dinanti-nantikan oleh pengikut “Nur Kasih” yang ingin mengetahui kesudahan kisah Adam dan Nur. Begitu hebat penangan kisah ini sehinggakan peneraju utama, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah kini menjadi pasangan kekasih di sebalik tabir.



8. BINI-BINIKU GANGSTER

Sebelum ini mereka pernah digandingkan bersama dalam filem “Adnan Sempit”. Kini Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Intan Ladyana digandingkan sekali lagi filem arahan Ismail Bob Hashim berjudul “Bini-Biniku Gangster”. Hasilnya, filem ini berjaya mendapat kutipan RM4.71 juta. Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang beristeri dua tidak mengetahui bahawa kedua-dua isterinya adalah ketua gangster untuk dua kumpulan yang bermusuh. Skrip filem “Bini-Biniku Gangster” adalah hasil garapan Yana Samsudin sendiri.



9. KARAK

Filem bergenre seram terbitan KRU Studios ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM4.28 juta. Filem arahan Yusry Abdul Halim ini menyaksikan kemunculan pertama juara “Akademi Fantasia” musim kelapan, Shahir. “Karak” mengisahkan sekumpulan pelajar yang mengikut Lebuhraya Karak untuk memintas kesesakan lalu lintas kerana perlu menghadiri kelas keesokannya.



10. SUATU MALAM KUBUR BERASAP

Filem bercorak komedi seram arahan Ernie Chen ini telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM3.99 juta walaupun ia bukanlah jumlah kutipan akhir kerana filem ini masih lagi ditayangkan di pawagam. Walaupun dikritik hebat kerana dikatakan tiada kelainan jika dibandingkan dengan filem komedi seram lain, “Suatu Malam Kubur Berasap” yang menampilkan Angah Raja Lawak dan Along Cham ini masih mendapat tumpuan di pawagam.

Itulah 10 Filem Terbaik Malaysia 2011 yang mencapai box office.

Kredit Info : my.entertainment.yahoo.com : 10 Filem Terbaik Malaysia 2011


Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 26

AJL 26: Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 26, Hafiz Ungguli Anugerah!

Daripada 12 buah lagu yang berjaya melangkah ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu 26, hanya 5 lagu bertuah yang berjaya merangkul anugerah iaitu Juara Lagu 26, Naib Juara Lagu 26, Tempat Ketiga Juara Lagu 26, Persembahan Terbaik dan juga Vokal Terbaik.

Apa yang menarik, pemenang tempat pertama akan membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000, tempat kedua pula membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000, tempat ketiga pula akan membawa pulang RM12,000. Manakala pemenang Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik pula masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 seorang.

Pengumuman penuh berdebar-debar semalam turut menyaksikan kejutan dari penyanyi, Hafiz telah berjaya merangkul trofi Juara Lagu AJL 26 dengan lagunya, “ Awan Nano”. Dia turut merangkul trofi Vokal Terbaik sekaligus mencipta sejarah sekali lagi.

Tidak ketinggalan, “Beribu Sesalan” yang dibawa oleh 3 Suara turut berjaya merangkul Naib Juara AJL 26 dan ini telah menghangatkan lagi suasana dan keghairahan peminat. Faizal Tahir pula berjaya merangkul trofi tempat ketiga AJL 26 dengan lagu “Karma”.

Persembahan Terbaik pula dirangkul oleh Alyah dengan lagunya berjudul Kisah Hati.

Berikut adalah senarai penuh lagu yang berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu 26 sebentar tadi.

Juara Lagu Ke 26
Awan Nano oleh Hafiz

Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara

Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir

Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah

Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz

sumber:ohbulan.com

Johan Botok Tidak Lupa Keluarga – Tidak Mahu Dibayangi Watak Botak Juvana


Namanya cukup sinonim di kalangan peminat seni tempatan biarpun masih setahun jagung melibatkan diri dalam industri seni. Mempunyai pakej lengkap sebagai pelakon membuatkan anak jati Kuala Lumpur ini terus menjadi perhatian pengarah dan penerbit sehingga wajahnya tidak putus menghiasi kaca televisyen sejak kebelakangan ini.
Melonjak naik setelah memegang watak sebagai Botak menerusi drama bersiri Juvana, Johan Ariff Asari atau Johan Asari dilihat berjaya meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton sementelah lagi berjaya membawakan wataknya yang antagonis dengan baik.

Malah cubaannya menerusi drama bersiri Cinta Elysa sebagai teraju utama juga tidak menghampakan walaupun ada yang mengatakan dia tidak mampu menjiwai watak Aril dengan baik.

Lumrah sebagai bintang, Johan tidak dapat lari dari kontroversi dan pernah dikaitkan dengan pelakon Izreen Azmida dan heroinnya menerusi Cinta Elysa, Fasha Sandha. Namun semua itu tidak membuatkannya hanyut untuk terus mencipta nama.
Menjadikan pelakon Eman Manan, Datuk Rahim Razali, Farid Kamil dan Shahiezy Sam sebagai idola, anak muda yang baru berusia 26 tahun ini mengakui tidak pernah mengejar populariti.
Menurutnya, peluang yang diberikan pengarah Faizal Ishak, menerusi Juvana, tidak akan membuatkannya lupa diri, jauh sekali mendabik dada.
“Pesannya tidak pernah saya lupakan. Kalau mahu berjaya dalam bidang ini perlu serius terhadap apa sahaja watak yang diterima. Kalau boleh jangan memilih watak yang diberikan, maksudnya tidak semestinya hanya berlakon bagi watak utama sahaja sebaliknya menerima watak sampingan juga dan ini dilihat berhasil ketika saya melakonkan watak Botak dan Aril ketika melangkah ke bidang lakonan.
“Walaupun ramai berkata saya sudah dikenali dan semakin popular, namun semua itu tidak membuatkan saya lupa diri. Masih banyak yang saya perlu pelajari dalam bidang ini. Bahkan, saya perlu memastikan lakonan saya benar-benar berhasil di mata penonton.
“Buat masa sekarang, saya pasti mutu lakonan saya masih banyak yang perlu diperbaiki lebih-lebih pengalaman saya masih kurang jika dibandingkan dengan pelakon yang telah mencipta nama dalam bidang ini,” katanya.
Paling rapat dengan emak
Bercerita mengenai kehidupan peribadinya pula, siapa sangka, Johan rupanya ‘anak emak’. Menurut Johan, dia dan ibunya memang rapat jika dibandingkan dengan ahli keluarganya yang lain. Malah sikap manjanya turut diakui emaknya sendiri.
Johan berkata, jika mempunyai waktu terluang, dia lebih suka menghabiskan masa di rumah bersama emaknya, Datin Hajah Firdaus. Jika berkesempatan, dia juga sering menemani ibunya bertandang ke rumah saudara-mara mereka.
“Tidak hairanlah jika ramai mengatakan saya ini anak emak. Saya memang suka meluangkan masa dengannya. Lagi pun jika sibuk penggambaran, saya akan kekurangan masa bersama keluarga. Jadi masa yang ada perlu digunakan sebaik mungkin bersama mereka,” katanya.
Ketika ditanya bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya, Johan hanya ketawa besar.
“Saya meletakkan target antara 28 hingga 32 tahun untuk berkahwin. Saya tidak memilih jodoh sama ada di kalangan orang biasa mahupun artis, tetapi biarlah dia seorang yang taat kepada suami, hormat orang tua, pandai memasak dan bertudung,” katanya.
Menurut Johan, orang tuanya juga tidak pernah mendesaknya berkahwin. Malah tidak pula meletakkan sebarang syarat terhadap calon isterinya.
Tidak mahu dibayangi Botak
Walaupun dikenali dengan gelaran Botak Juvana, anak muda ini sebenarnya tidak mahu terus dibayangi watak antagonis itu. Ujarnya, biarpun ramai suka melihatnya dalam lakonan sebegitu, namun dia tetap cuba mahu memvariasikan lakonannya dengan pelbagai watak.
“Kita sedia maklum lakonan yang pelbagai mampu membuktikan kebolehan pelakon itu. Saya mahu dikenali sebagai pelakon yang versatil seperti idola saya dalam bidang ini. Sekurang-kurangnya, ia membuka lebih tawaran kepada saya lebih-lebih lagi jika saya berjaya membuktikan kemampuan sebagai pelakon di mata pengarah dan penerbit.
“Pun begitu, saya tidak pernah memilih, sebaliknya menerima tawaran yang diberikan. Cuma saya mahu berlakon pelbagai watak yang berbeza. Itu sahaja,” katanya.
Ingin melakonkan watak Islamik, Johan berkata, menerusi watak sedemikian ia dapat menguji tahap lakonannya.
“Saya rasa dalam industri ini agak sukar untuk mencari watak sebegini, jika ada pun ia tidak terlalu berat dan mencabar,” katanya yang kini muncul dengan drama bersiri Pelangi Kasih di samping Nabila Huda dan Beto Kusyairi, menerusi TV3.
Ingin jadi kaunselor
Walaupun telah bergelar pelakon, tetapi Johan tidak pernah melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang kaunselor. Bahkan pemegang Diploma Kaunseling Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim) ini berkata, pendidikan yang ada dalam dirinya sedikit sebanyak membantu dia lebih bijak berhadapan dengan khalayak ramai.
“Saya akui terpaksa melupakan bidang pendidikan buat seketika kerana perlu memberikan perhatian dan tumpuan terhadap bidang lakonan. Pun begitu, impian untuk menjadi kaunselor sentiasa tertanam di dalam hati. Insya-Allah, jika tiada aral melintang pasti ia akan dicapai,” kata pelakon yang pernah mendapat pendidikan tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi, Indonesia ini.
Dalam pada itu, Johan juga turut bercita-cita menjadi penerbit selain mengukuhkan kedudukannya dalam bidang ini.
“Kini, saya sedang menguruskan sebuah produksi iaitu Kaleidoskop yang diuruskan bersama kakak. Untuk menjadi penerbit mungkin lebih mudah berbanding pengarah kerana banyak ilmu yang perlu saya gali jika mahu menjadi pengarah yang berkaliber,” katanya lagi.

Permainan 'Aku Jimat' Yang Menyindir Rosmah Mansor Sudah Dibuang Daripada iTunes?




Aku Jimat, permainan elektronik kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar Malaysia, nampaknya sudah tidak ada lagi selepas sembilan hari diperkenalkan.

Permainan tersebut yang dipercayai diilhamkan dari watak Datuk Seri Rosmah Mansor – isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak -  nampaknya telah dibuang daripada iTunes App Store Apple.

Pada hari Sabtu,Aku Jimat muncul sebagai permainan kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar di Malaysia selepas beberapa portal berita melaporkan mengenainya.

Permainan itu yang diberikan penarafan lima bintang oleh pengguna, dibangunkan oleh Kumpulan Antartika dan dijual pada harga US$0.99 setiap muat turun.

Tidak diketahui bila aplikasi permainan itu dibuang. Kuasa untuk berbuat demikian terletak di tangan Apple dan pemaju permainan tersebut.

Menurut syarikat pemajunya, permainan itu adalah “untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.

Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian – sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).

Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$24 juta (RM74 juta).

Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk “bersara” pada usia 99 tahun

sumber: http://malaysiakini.com

Gambar Fasha Sandha Dan Jejai Sambut Tahun Baru Cina

Sempena tahun baru cina, Fasha Sandha dan Jejai bersama rakan yang lain tidak ketinggalan untuk menyambut Chinese New Year (CNY) 2012 di sebuah restoran terkemuka. Inilah semangat 1malaysia yang dapat ditunjukkan oleh Fasha disini. Kredit gambar kepada facebook Fasha Sandha.



Cerita Lawak : Sejarah Nama Negeri Pahang


Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

Sejarah Kellie's Castle Perak

Istana Kellie atau Kellie’s Castle (kadang-kadang digelar Kesilapan Kellie (Folly Kellie) ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak.

Sejarah
Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah desa di Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk menghapus 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

Fakta Lawak


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Perkahwinan Dengan Mayat Di Thailand



PATTAYA – Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta.

Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi.

Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand.

Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook.

Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu.

Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.

Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin.

Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.



Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan.

Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga. – Agensi

Wanita Ketagih Makan Ayam Hidup Setiap Hari



Seorang wanita mempunyai seorang tabiat yang sangat pelik di mana dia memerlukan seekor ayam hidup untuk memuaskan nafsu makannya.

Seorang wanita yang pelik bernama Miskaulah, 38 yang berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih setiap hari.

Miskaulah didakwa mampu memakan ayam hidup 5 ekor setiap hari. Di bawah merupakan gambar aksi Miskaulah menunjukkan skill memakan ayam hidup.


Ibu Potong Kemaluan Anak Lelaki Gara-Gara Mahukan Anak Perumpuan


Gambar Sekadar Hiasan

Jiangsu – Gara-gara terlalu inginkan anak perempuan, seorang ibu muda sanggup bertindak kejam dengan memotong alat sulit bayi lelakinya yang berusia lima bulan.
Xiao Meng, 23, kini dihukum penjara lima tahun.

Menurut kertas pertuduhan di mahkamah, pada bulan Ogos tahun lalu, ibu mertuanya yang terdengar suara bayi berkenaan menangis, telah terkejut selepas mendapati alat sulit cucunya itu dipotong oleh menantunya dengan menggunakan gunting.

Bayi tersebut kemudiannya dihantar ke hospital dengan segera.
Menurut doktor, bayi itu selamat dan boleh membuang air kecil secara normal selepas rawatan dijalankan di Shanghai.
Namun doktor memaklumkan adalah mustahil baginya untuk memberikan zuriat apabila dewasa kelak.
Sementara itu, di mahkamah, Xiao Meng mengaku telah membeli gunting dan memotong kemaluan anaknya itu hanya kerana dia ingin memiliki anak perempuan.
.
Dalam pada itu, suaminya, Zhan berkata, sejak bayi lelaki mereka, Yaya dilahirkan, Xiao Meng sering bercakap seorang diri `saya berharap dia adalah bayi perempuan’.
Zhan turut memaklumkan, Xiao Meng tidak menyukai anak lelaki kerana mereka akan membebankan ibu bapa yang terpaksa membelikan rumah dan mencarikan isteri.
Xiao Meng juga, katanya selalu menampar bayi mereka namun dia tidak begitu mempedulikannya kerana menyangka Xiao Meng mengalami tekanan selepas melahirkan bayi mereka.

Tips Ringkas Kuruskan Badan


ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan.

1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.

1.
Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.

2.
Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.

3.
Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!

4.
Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.

5.
Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Rujuk kepada eBook 25 Calorie Saving Tips saya.

6.
Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.

7.
Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.

8.
Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.

9.
Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.

10.
Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.

11-20: Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

11.
Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.

12.
Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)

13.
Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.

14.
Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.

15.
Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.

16.
Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.

17.
Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.

18.
Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.

19.
Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.

20.
Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.


21-25: Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.

21.
Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.

22.
Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.

23.
Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.

24.
Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.

25.
Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

26.
Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.


Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Dunia hiburan pada Jumaat telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus, akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius.
Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.
Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini mengesahkan berita sedih ini.
Katanya, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang.

Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.

“Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih,” kata Shaiful lagi.
Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan pada pukul 11 pagi Sabtu.
Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi dekat sini akibat demam panas yang berpanjangan.
Anak kedua daripada empat adik-beradik ini bagaimanapun dibenarkan keluar dari hospital sebelum sakit semula sejak dua minggu lalu.
sumber:mStar

Cara Hilangkan Mulut Berbau


Bau mulut yang menyenangkan memberikan anda lebih keyakinan untuk berinteraksi dengan individu lain. Tapi, anda tahu tak cara untuk mengatasi masalah mulut berbau ataupun nafas berbau ni?
Cubalah amalkan mana-mana petua mudah di bawah ini, ia dapat mengatasi masalah mulut berbau / nafas berbau dengan berkesan.

1) Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

2) Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 tinggi periuk Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarka sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

3)Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam seama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.

4) Ambil beberapa helai daun sirih. Ramas hingga keluar jusnya. Masukkan ke dalam air kosong dan kacau hingga sebati. Tapis dan minum. Amalkan setiap hari.

5)Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. Biarkan selama 5 minit dan kumur dengan air itu. Amalakan 2 kali sehari setiap hari.

6)Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam.

Mari Kenali SOPA – Akta Yang Sedang Hangat Dibincangkan Akhir-Akhir Ini


Salah satu perbincangan yang menjadi semakin hangat akhir-akhir ini adalah berkenaan dengan SOPA, dan bukan sahaja hangat dibincangkan di Amerika Syarikat sahaja, malah media seluruh dunia. Melaluinya, ia bukan hanya memberi kesan kepada cetak rompak, tetapi kepada internet secara menyeluruh.

Apakah Itu SOPA
Semestinya salah satu persoalan yang tertanya oleh semua orang adalah apakah itu SOPA. SOPA merupakan singkatan kepada Stop Online Piracy Act, dimana sedang diperbincangkan oleh pihak Amerika Syarikat.

Secara kasarnya ia merupakan salah satu cara untuk mengurangkan masalah cetak rompak melalui internet, namun ia memberi kesan yang lebih daripadanya, dan seperti tidak begitu adil untuk semua penyedia perkhidmatan berasaskan internet.



Kesan SOPA Kepada Pembangun Dan Pengguna Malaysia
Memandangkan kebanyakkan perkhidmatan terutamanya penyedia perkhidmatan nama domain (.com, .net. dan .org) adalah berpengkalan di Amerika Syarikat, maka perkhidmatan ini memberikan kesan menyeluruh, termasuk kepada para pengguna dan pembangun di Malaysia.

Walaupun cetak rompak merupakan salah satu perkara yang dihalang di semua negara, mahupun agama, mengawalnya masih lagi suatu perkara yang sukar. Apatah lagi dengan kebanyakkan perkhidmatan berasaskan web sekarang, seperti YouTube, Facebook dan sebagainya menggunakan kandungan yang dijana oleh pengguna, maka mengawalnya mungkin sesuatu yang sukar. Dengan pengenalan SOPA, ia semestinya akan memberikan kesan yang menyeluruh kepada perkhidmatan seumpama ini, dan memberikan kesan kepada penggunannya di seluruh negara, termasuk Malaysia.

Selain daripada itu, memandangkan oleh hanya salah satu kandungan yang bertentangan dengan hak cipta, dibawah akta ini, ia akan menjadikan keseluruhan nama domain tersebut dihalang, dan memberikan efek yang besar.

Siapakah Yang Membantahnya?
Buat masa ini, kebanyakkan syarikat berasaskan internet membantah perkara ini, termasuk Google, Facebook, Yahoo!, Microsoft, PayPal, Mozilla, FourSquare, eBay, AOL, Creative Commons, dan banyak lagi.

Namun masih ada yang menyokongnya, dan salah satu syarikat yang menyokongnya adalah GoDaddy (GoDaddy telah menarik balik sokongan selepas ramai pengguna mereka keluar dan beralih ke perkhidmatan lain).

Jadi, Apakah Seterusnya?
SOPA masih lagi pada peringkat pendengaran buat masa ini, dan pendengaran seterusnya bakal diadakan pada bulan Januari kelak. Dan semakin hari, semakin banyak syarikat membantah cadangan tersebut, dan ada juga yang menyokongnya.

Walaupun ia masih tidak diketahui kesannya, tahun hadapan akan menjadi antara tahun yang hangat membincangkan mengenai akta-akta berkaitan internet, termasuk di Malaysia sendiri yang membincangkan mengenai Akta Badan Perkomputeran Professional.

sumber:http://amanz.my

Misteri Budak Lelaki Menpunyai 6 Deria


Lazimnya manusia mempunyai lima deria, namun seorang kanak-kanak lelaki mendakwa mempunyai deria keenam apabila dapat melihat warna yang terhasil daripada sebarang objek bergerak, bunyian, tulisan dan nombor. Kebolehan unik Ainan Celeste Cawley, 10, itu dikesan tiga tahun lalu dan dia serta bapanya, seorang pensyarah psikologi di Universiti HELP, Valentine Cawley bekerjasama membuat satu kajian mengenai fenomena itu.

Valentine berkata, penemuan saintifik dalam bidang psikologi manusia itu boleh membawa banyak faedah dan memberi manfaat dalam kehidupan seharian. Anak saya memaklumkan mengenai kebolehannya yang boleh melihat warna dihasilkan daripada objek, bunyi, tulisan dan nombor ketika dia berumur lapan tahun. Hasil eksperimen mendapati setiap kelajuan mempunyai kod warna yang konsisten dan tersendiri, katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, dia yang memahami mengenai kebolehan unik anaknya itu kemudian bercadang untuk membuat kajian bersama yang dinamakan Velociperception, iaitu kajian deria baru manusia yang boleh membawa kebaikan. Fenomena yang berlaku ke atas anak saya secara asasnya disebabkan oleh penyakit synaesthesia. Penyakit ini akan menyebabkan sesuatu rangsangan yang dilakukan kepada sesuatu deria juga turut menimbulkan tindak balas ke atas deria yang lain, katanya.
Valentine berkata, hasil kajian ini boleh dimanfaatkan dengan mencipta teknologi baru dalam bidang sains sukan. Ainan, seorang warga Singapura adalah pelajar termuda di dunia yang mengikuti pengajian tahun tiga bagi modul institusi menengah tinggi di sana dan pernah lulus Peperiksaan `O’ Level bagi mata pelajaran kimia pada usia tujuh tahun pada 2007.

Hotel Mewah Di Celahan Air Terjun


Apa jadinya bila ada istana di balik air terjun ? ini memang sesuatu hal yang sepertinya hanya ada dalam dongeng-dongeng saja, namun kini China sedang berusaha mewujudkan hal tersebut. Memang bukan Istana di balik air terjun yang sedang dibangun China, melainkan sebuah hotel yang sangat mewah.
China ingin memberikan sesuatu yang tidak boleh diberikan hotel lain di dunia. Sudah banyak pilihan jika anda ingin tidur di hotel mewah, atau di puncak-puncak gedung tertinggi, atau bahkan di bawah laut. Namun tidur hotel yang berada di balik air terjun sepertinya baru hanya ada di China.
Hotel ini dibangun di daerah Songjiang yang terletak dekat dengan Shanghai, China. Rancagannya hotel ini akan memiliki 400 bilik hotel dan ruang konferensi yang mampu menampung 1000 orang. Selain itu, di dalam hotel ini juga akan terdapat beberapa restoran, café, fasiliti olahraga, dan juga ruang publik yang berada di bawah permukaan air.
Apabila anda memiliki cukup wang, senang dengan olahraga air dan rock climbing, serta ingin menginap di hotel mewah, mungkin hotel ini akan menjadi pilihan yang sangat tepat untuk anda.



Tips Cara Jimatkan Minyak Kereta


Bukan mudah hendak membuang tabiat pemanduan yang salah. Dengan kebimbangan dan kemarahan yang memuncak, pemandu yang bijak akan melakukan apa sahaja untuk menjimatkan penggunaan petrol.


Mungkin anda sendiri boleh mempraktikkan beberapa tip berikut :
Apabila lampu isyarat bertukar HIJAU, anda tidak perlu bergerak laju. Lebih kuat anda menekan pedal minyak, lebih banyak minyak yang digunakan. Sebaliknya, tekan perlahan-lahan dan anda dapat menjimatkan banyak petrol daripada dulu.
Jika anda melihat lampu isyarat bertukar kepada MERAH, cepat-cepat tekan pedal brek daripada menunggu sehingga mencapai ke hujung jalan. Pijak brek secara perlahan agar kereta anda dapat berehat seketika dan ini menjamin ketahanan pad brek.

Kedua-dua tip ini mampu meningkatkan penggunaan petrol sehingga 35% berdasarkan kajian yang dijalankan oleh laman automotif. Walaupun tidak menekan minyak dengan kuat, kelajuan boleh menghabiskan banyak petrol. Lebih laju anda memecut, lebih banyak angin yang diperlukan untuk menolak kereta ke depan.

Berdasarkan satu lagi kajian consumer, pemanduan kereta pada kelajuan 120km sejam daripada 100km sejam akan mengurangkan penggunaan minyak petrol antara 3 hingga 5 batu setiap gelen, bergantung kepada jenis kenderaan.

Tabiat mengekori kenderaan lain adalah satu perkara yang patut dielak. Selain tidak selamat, perbuatan ini membazirkan minyak kerana setiap kali kereta di hadapan menekan brek, anda terpaksa memijik lebih cepat. Kemudian anda terpaksa menekan lebih minyak untuk mengejar dan mengekori kereta itu semua.

Relakskan diri dan memandu secara hemah. Pastikan kereta anda sejauh 2 saat dari kereta di hadapan dengan mengira 2 saat dalam hati.

Anda tidak perlu memulakan enjin dan membiarkannya panas terlalu lama. Dengan enjin baru yang dipasang pada kereta moden, tabiat ini boleh dikikis tanpa was-was.

Dengan membiarkan enjin dua minit akan menghabiskan minyak sejauh 1 batu berdasarkan kepada Suruhanjaya Tenaga California. Sebab itu kereta hybrid akan mematikan enjin gasolon apabila ia berhenti bergerak, walaupun sesaat.

Kita tidak perlu mematikan enjin pada setiap masa tetapi sekurang2nya matikan enjin sekiranya menunggu kawan berlari ke kedai dan lain-lain.

Jangan membeli makanan melalui kaunter pandu lalu kerana lebih banyak wang perlu dihabiskan untuk membayar minyak menggoreng ayam.

PEMANDU yang bijak akan mengikuti kaedah2 yang betul untuk menjimatkan petrol.

By: HAN


Tips Asas Jadi Pemimpin Yang Disegani


Menjadi pemimpin yang dihormati dan berjaya di tempat kerja bukanlah sesuatu tugas yang senang? Seorang pemimpin haruslah menyiapkan diri dengan cabaran yang bakal ditempuhi kerana lain organisasi lain pula budaya dan kerenah pegawai-pegawai serta staf bawahan.

Jom tengok tips yang boleh dilakukan bagi membantu anda untuk jadi pemimpin yang disenangi oleh staf anda:-


1. Jangan takut buat silap 
Kita kerap melakukan kesilapan. Jadi belajarlah dari kesilapan dari masa ke semasa. Elakkan dari mengulangi kesilapan yang sama. Anda jangan cuba menyorokkan sesuatu dengan menipu mereka. Lama kelamaan ia akan terbongkar juga.

2. Libatkan semua orang.
Jangan buat kerja seorang diri. Ia bukan sahaja memenatkan kita, tetapi orang lain juga terasa mereka diabaikan. Mereka tidak akan rasa dihargai kewujudannya .Walau apapun jawatan dan kedudukan, mereka semua ada potensi untuk memberikan idea dan pendapat yang kreatif. Jadi libatkan semua orang dalam membuat sesuatu perancangan atau projek.

3. Jadilah seorang yang fleksibel dan adaptif 
Anda perlu ada kemahiran mempelajari sesuatu dengan pantas dan mengubahsuainya mengikut keperluan semasa. Bekerjasamalah dengan orang lain. Mereka mungkin dapat membantu. Tiada gunanya meninggi diri dan ego tidak bertempat.

4. Miliki visi yang berpandangan jauh.
Ini termasuklah visi untuk diri sendiri, pasukan dan organisasi anda. Pakejkan visi ini dan berkongsilah dengan orang lain dalam organisasi. Berikan penekanan terhadap visi pada setiap peluang yang anda perolehi. Adakah ia selari ataupun sebaliknya?


5. Berilah latihan dan peningkatan diri 
Luangkan banyak masa untuk membuat kerja ini kerana ia seperti satu pelaburan jangka panjang. Kita boleh melatih mereka dengan cara seminar, bengkel, taklimat, pengalaman bersama, serta mengajaknya melakukan sesuatu yang baru.

6. Sanggup ambil risiko 
Anda seharusnya berani mencuba idea-idea baru yang berpotensi. Risiko sebanarnya ada dimana-mana. Yang membezakannya hanyalah adalah samada besar ataupun kecil. Menyahut cabaran bermakna anda bersedia mengambil risiko. Dan mereka yang gagal menyahut cabaran biasanya tidak akan melakukan perubahan dan tidak dipandang orang.

7. Berikan dorongan kepada orang lain untuk kreatif dan inovatif 
Ini adalah kunci perubahan jika anda ingin mara lebih jauh ke hadapan. Relakan diri anda untuk dipengaruhi oleh idea-idea baru.

8. Galakkan kerja berpasukan 
Jangan mengongkong dan menghalang mereka kerja bersama. Berilah autonomi dan autoriti jika mereka memerlukan sedemikian (dan jika keadaan mengizinkan). Dengan cara itu, mereka akan menjadi lebih berdikari.

9. Beri ganjaran 
Berilah ganjaran kepada mereka jika mereka dapat melakukan sesuatu tugas dengan baik. Ada banyak jenis ganjaran termasuk pujian, sanjungan, bonus, kenaikan pangkat, anugerah, tambah gaji dan sebagainya. Apa yang penting gunakan kuasa GANJARAN. Ini adalah satu bentuk motivasi yang amat berkesan.

Kisah Dua Hantu Yang Sengal


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

“Apsal kau ni asyik menggigil je?”

“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.

“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.

“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”

“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”

“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.

“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.


P/s : hahaha, sengal punya hantu B

Buah Ajaib Ubah Rasa Pahit Jadi Manis


Buah ajaib yang bentuknya seperti cranberry memiliki kemampuan untuk mengubah rasa makanan yang asam atau pahit menjadi manis. Misteri bagaimana buah tersebut mampu mengubah rasa telah berhasil dipecahkan ilmuwan baru-baru ini.

Buah ajaib ini merupakan buah dari tanaman Synsepalum dulcificum yang tumbuh secara semulajadi di Afrika barat. Khasiatnya yang boleh mengubah rasa makanan yang asam atau pahit menjadi manis sudah lama dikenal penduduk setempat. Namun, pasukan penyelidikan dari Jepun dan Perancis-lah yang baru boleh menjelaskannya secara ilmiah.

Untuk mengujinya, pasukan tersebut menumbuhkan sel ginjal manusia dalam sebuah cawan yang dirancang untuk memproduksi protein reseptor rasa manis. Mereka kemudian menambahkan bahan kimia yang menyebabkan sel-sel reseptor menyala ketika diaktifkan. Setelah itu miraculin, protein dalam buah ajaib yang berfungsi mengubah rasa menjadi manis, ditambahkan ke dalam cawan. Terakhir, ditambahkanlah beberapa zat yang memiliki tingkat keasaman (pH) berbeza.

Setelah diamati, miraculin ternyata memiliki tiga impak berbeza pada reseptor. Pada tingkat keasaman rendah, efeknya terhadap reseptor amat kecil. Sementara pada tingkat keasaman sedang, miraculin mendorong reseptor untuk beraksi. Dan, pada tingkat keasaman tinggi, reseptor secara otomatis aktif bereaksi.

Menurut para peneliti, perbezaan impak itu terjadi kerana protein miraculin berubah bentuk saat terkena asam. Semakin tinggi tingkat keasamannya, bentuknya akan semakin berubah. Kerana protein terikat amat kuat pada reseptor di lidah manusia, perubahan bentuk protein miraculin mengubah cara resptor lidah bereaksi ketika asam masuk ke mulut. Singkatnya, semakin tinggi pH dalam suatu zat, seseorang akan merasakannya menjadi semakin manis.Hasil riset yang dipublikasikan dalam Proceedings of the National Academy of Sciences ini membuka kemungkinan diciptakannya pemanis buatan baru. Setelah cara kerja miraculin terungkap, para peneliti berupaya untuk membuat protein tersebut di laboratorium, alih-alih hanya bergantung pada sumbernya di alam. (National Geographic )

Sinopsis Drama BFF Teman Tapi Mesra


TV3 membawakan sebuah drama bersiri terbaru berjudul 'BFF…Teman Tapi Mesra' yang mengisahkan persahabatan Iskandar dan Shahidah yang terjalin sejak zaman kanak-kanak. Drama ini akan mula bersiaran mulai 15 Januari ini  pada setiap Ahad jam 9.00malam dengan membariskan bakat-bakat muda seperti Sari Yanti, Munif Isa, Irfan Roslan dan Syatilla Melvin.


Sinopsis Drama Bersiri 'BFF..Teman Tapi Mesra'.


Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Selepas SPM, Iskandar diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota.

Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam kongkongan ibu bapa. Lantas, dia terfikir untuk melamar Shahidah. Demi kebebasan dan minat terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka.

Iskandar dan Shahidah berhijrah ke Kuala Lumpur dan tinggal berasingan. Iskandar bekerja sebagai juruterbang manakala Shahidah memohon kerja dengan pereka fesyen yang menjadi idolanya, Elaira.

Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Mereka tidak pernah berbual tentang cinta. Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar.

Suatu hari, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga. Pada masa yang sama, hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat.

Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran (Irfan Roslan) dan sedia menerimanya sebagai cinta pertama. Apakah kesudahan bagi hubungan Shahidah, Iskandar dan Emran? Jangan ketinggalan untuk menonton kesudahan kisah Shahidah, Iskandar dan Emran menerusi ‘BFF…Teman Tapi Mesra’.

Patung Misteri Dari Russia

Patung ini dikenali dengan nama Katja, dan dibuat pada tahun 1730an oleh seorang daipada kaum Tsar yang tidak diketahui namanya. Ceritanya bermula apabila seorang gundik yang mahukan seorang anak lelaki supaya lebih disayangi oleh raja. Tetapi apa yang mengecewakannya adalah anak yang dilahirkan itu adalah lelaki dan tambahan pula dilahirkan cacat. Oleh kerana zaman itu, kepercayaan pada tahyul sangat kuat, maka bayi yang tidak berdosa itu dibunuh dengan cara dibakar hidup-hidup. Patung ini kononnya dibuat daripada abu bayi tersebut yang dicampurkan dengan seramik dan porselin. Dan tukang membuat patung tersebut adalah penjaganya. Menurut cerita orang ramai, patung ini disimpan secara turun temurun di Rusia dan dijaga dengan ketat. Kononnya, patung ini akan membawa malapetaka akibat dari abu bayi tersebut. Menurut orang ramai lagi, jika patung ini berkelip selepas bertentang mata dengannya selama 20 saat, maka musibah akan menimpa.
Sebelum ini seseorang telah cuba menjual anak patung ini di ebay tetapi, ia telah ditarik balik oleh ebay kerana ebay melaporkan bahawa terdapat banyak kejadian pelik telah berlaku disebabkan anak patung misteri Katja ini

Penjara Paling Mewah Di Dunia


Menurut sumber dari wikipedia penjara bermaksud tempat kurungan dari pelbagai kemudahan dan kebebasan. Penjara secara umumnya adalah institusi yang diatur pemerintah dan merupakan sebahagian daripada sistem kehakiman dan pengadilan jenayah suatu negara, atau sebagai kemudahan untuk menahan tahanan perang.

Berikut merupakan 5 penjara paling Mewah di dunia ini.


1. Santa Ana Jail, California

Penjara bandar ni adalah untuk penjenayah yang tidak melakukan kesalahan yang berat, dan diorang perlu bayar sebanyak $75 ke $127 sehari kalau nak stay kat sini. Dengan nama gelaran “5 Star Hilton Prison”, penjara ni menyediakan 10 ke 30 katil pada setiap program, dan dalam sesetengah case, banduan dibenarkan untuk membawa laptop mahupun iPad ketika berada di sini!

2. Otago Correction Facility, South Otago

Penjara ni memang untuk VIP; pemanas lantai, flatscreen TV, perpustakaan, gym dan ada banyak lagi kemudahan di penjara ni. Penjara yang mempunyai 335 katil ni menelan belanja sebanyak $218 juta untuk membinanya.

3. Halden Prison, Norway


Halden Prison yang mempunyai 252 inmates ni menyediakan prison life yang mewah pada setiap inmates, seperti menyediakan sound studio, jogging track dan segala bagai perabot seperti TV dan peti ais kecil. Penjara ni juga menyediakan rumah 2-bilik untuk kegunaan inmates yang bawak family untuk bermalam di sini

4. Austrian Five Star Prison


Juga dikenali dengan nama Leoben Justice Centre, penjara yang terletak di bandar Leoben, Austria ni dikatakan penjara yang paling cantik di dunia, dan ianya juga menempatkan kompleks kehakiman dan pejabat kehakiman.

5. Al Capone’s Cell, Philadelphia

Bilik penjara Al Capone di Eastern State Penitentiary, Philadelphia ni lengkap dengan katil yang selesa, meja study dan kerusi rehat untuknya. Dikatakan bilik ni digunakan oleh Al Capone 1929 selama 8 tahun.