Home » » Ayah Pin Kembali Dalam Keadaan Lumpuh

Ayah Pin Kembali Dalam Keadaan Lumpuh



BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.

Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.

Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aiik, ketua kerajaan langit tak kan kena angin ahmar kot? angin atas langit lagi boleh dia lalu begitu aje utk naik & mesyuarat dilangit.nak jadi tuhan macam mana kalau begini jadinya.sakit macam manusia biasa aje, nak jadi tuhan macam mane. jawatan tuhan kena ambil alih oleh anak muridnya yg lain pulak ler.

Unknown berkata...

hahaha...padan muka.tuhan konon.phuiiii

Tanpa Nama berkata...

kalau jahil sekali pun janganlah ngaku tuhan..Tuhan tak sakit. kau yang sakit. bawak-bawak tobatlah ayoh pin oiii....sebelum nyawa direntap malaikat..a..u.zubillahiminzalik...

Unknown berkata...

aik..dah tau ada kat situ.masih x tangkap?

Unknown berkata...

aik..dah tau ada kat situ.masih x tangkap?

Catat Ulasan