Home » » Misteri Budak Lelaki Menpunyai 6 Deria

Misteri Budak Lelaki Menpunyai 6 Deria


Lazimnya manusia mempunyai lima deria, namun seorang kanak-kanak lelaki mendakwa mempunyai deria keenam apabila dapat melihat warna yang terhasil daripada sebarang objek bergerak, bunyian, tulisan dan nombor. Kebolehan unik Ainan Celeste Cawley, 10, itu dikesan tiga tahun lalu dan dia serta bapanya, seorang pensyarah psikologi di Universiti HELP, Valentine Cawley bekerjasama membuat satu kajian mengenai fenomena itu.

Valentine berkata, penemuan saintifik dalam bidang psikologi manusia itu boleh membawa banyak faedah dan memberi manfaat dalam kehidupan seharian. Anak saya memaklumkan mengenai kebolehannya yang boleh melihat warna dihasilkan daripada objek, bunyi, tulisan dan nombor ketika dia berumur lapan tahun. Hasil eksperimen mendapati setiap kelajuan mempunyai kod warna yang konsisten dan tersendiri, katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, dia yang memahami mengenai kebolehan unik anaknya itu kemudian bercadang untuk membuat kajian bersama yang dinamakan Velociperception, iaitu kajian deria baru manusia yang boleh membawa kebaikan. Fenomena yang berlaku ke atas anak saya secara asasnya disebabkan oleh penyakit synaesthesia. Penyakit ini akan menyebabkan sesuatu rangsangan yang dilakukan kepada sesuatu deria juga turut menimbulkan tindak balas ke atas deria yang lain, katanya.
Valentine berkata, hasil kajian ini boleh dimanfaatkan dengan mencipta teknologi baru dalam bidang sains sukan. Ainan, seorang warga Singapura adalah pelajar termuda di dunia yang mengikuti pengajian tahun tiga bagi modul institusi menengah tinggi di sana dan pernah lulus Peperiksaan `O’ Level bagi mata pelajaran kimia pada usia tujuh tahun pada 2007.

0 comments:

Post a Comment