Home » » 8 Cara Jimatkan Bateri Smartphone

8 Cara Jimatkan Bateri Smartphone


Antara perkara penting bagi sebuah smartphone ialah keupayaan atau jangka hayat baterinya. Jika secanggih mana sekalipun, andai bateri tak cukup berkuasa, ia tidak akan membawa apa-apa erti pada sebuah telefon bimbit pintar.

8 Tips Untuk Bateri Smartphone Tahan Lama

  • Padamkan telefon anda jika berada di kawasan yang sukar mendapatkan penerimaan (signal) contohnya di dalam kapal terbang atau berada di kawasan terpencil.
  • Jangan buka fungsi WiFi jika anda tidak menggunakannya. Ia akan menggunakan banyak tenaga bateri untuk menyirau (scan) keboleh dapatkan Wifi berhampiran walaupun anda tidak memerlukan.
  • Jangan buka terlalu banyak aplikasi. Walaupun telefon anda berkeupayaan untuk multi-tasking tetapi adalah lebih baik untuk fokus kepada hanya satu atau dua aplikasi yang benar-benar digunakan pada satu-satu masa.
  • Gunakan fungsi GPS atau bluetooth pada ketika anda perlukan sahaja.
  • Skrin terlalu cerah (bright) akan membuatkan lebih tenaga bateri diperlukan.
  • Cuba elakkan menggunakan screen saver atau latar belakang yang beranimasi. Lebih baik menggunakan fungsi gelap (blank) atau latar belakang yang pegun dengan resolusi rendah.
  • Fungsi getar (vibrate) akan memakan ketahanan bateri anda. Guna bila perlu sahaja.
  • Tutup telefon bimbit pintar anda di waktu ia tidak digunakan, berikan masa untuk smartphone anda untuk 'berehat' atau 'tidur' dalam beberapa jam.


1 comments:

  1. Terimakasih Tipsnyauntuk jimatkan bateri smartphone, sangat berguna.


    Penerimaan CPNS dan Lowongan Kerja 2014

    ReplyDelete