Home » » Lembu Paling Besar Di Dunia

Lembu Paling Besar Di Dunia


Seekor lembu jantan yang beratnya lebih 1,587 kilogram (kg) dan berusia lapan tahun dipercayai paling berat di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.


Haiwan itu memiliki berat 1,587kg selepas ia ditimbang pada tahun lalu tetapi berat sebenar lembu tersebut pada tahun ini masih belum diketahui.

Lembu jantan tersebut akan ditimbang semula pada satu pertandingan amal yang meminta orang ramai meneka berat haiwan itu.

Pemilik lembu itu, Arthur Duckett, 79, tidak menyatakan jumlah sebenar berat haiwan itu tetapi memberitahu ia lebih berat pada tahun lalu.

“Dia (lembu itu) masih membesar. Lembu itu seekor haiwan yang baik. Saya menyukainya,” kata Duckett.

0 ulasan:

Catat Ulasan