Home » » Kubu Terhebat Tentera Vietnam Menentang Amerika

Kubu Terhebat Tentera Vietnam Menentang Amerika


Jika anda pernah sampai ke Vietnam, anda pasti akan dibawa melawat tempat ini. Terowong Chu Chi - antara terowong yang paling hebat di abad ke 20. Masakan tidak, tentera Amerika banyak yang mati angkara terowong ini. Ia merupakan kubu terkuat dan menjadi antara kubu terakhir dalam penentangan pencerobohan tentera Amerika ke atas Vietnam.

Rangkaian terowong ini sangat kompleks kerana ia sangat panjang dan banyak penjuru, lihat sahaja gambarajah ini:


Dianggarkan panjang terowong ini mencapai 150 batu, dan saiz setiap ruang adalah berbeza-beza. Begitu juga dengan lorong-lorong atau lohong yang menghubungkan sesetengah ruang di dalam terowong ini.
Ia ibarat sebuah penempatan di bawah tanah, lengkap dengan klinik, dapur dan tempat mendapatkan bekalan air. Ia juga sebagai tempat untuk menyerang musuh dan juga penyimpanan senjata. Nyata, kerana ingin mandiri dan semangat kuat menentang tentera Amerika dan mempertahankan tanahair mereka, mereka telah menghasilkan sesuatu yang menakjubkan.

Namun, disebabkan masalah untuk keluar - tandas, dan juga pengudaraan yang tidak begitu baik, banyak askar Vietnam yang menggunakan terowong ini mati akibat penyakit Malaria, selain dari akibat pertempuran.

Tentera Amerika telah menggunakan banyak cara untuk menghancurkan tentera-tentera gerila Vietnam ini, antaranya menggunakan anjing, menggunakan air dan yang paling mendapat berita adalah penggunaan bom napalm.













Operation Crimp yang dilakukan pada 7 Januari 1966 dengan penggunaan lebih 30 tan bom dari kapal terbang pengebom B52 - antara kempen peperangan Vietnam yang paling menakutkan. Lebih 8 ribu tentera Amerika dikerahkan dalam kempen ini, di mana mereka mesti menghapuskan sisa baki tentera Vietnam yang ada setelah hutan banat menjadi padang jarak padang tekukur.

Walaupun begitu, operasi itu disifatkan sebagai satu kegagalan dalam beberapa aspek yang lain kerana pihak tentera Amerika langsung tidak menyangka bahawa jajaran terowong ini sebenarnya amat besar, amat luas dan amat panjang.


sumber: hasrulhassan.com

0 comments:

Post a Comment