Cara Mengetahui Seseorang Berbohong


Banyak cara sebenarnya untuk 'membaca' seseorang sama ada dia seorang yang baik, jujur atau sebenarnya seorang pembohong. Seseorang yang gemar berbohong, biasanya sudah mempersiapkan pelbagai cerita sebelum berjumpa dengan orang yang akan ditemuinya. Namun, dalam hal tertentu seperti menjawab pertanyaan atau membuat pengakuan spontan, reaksi manusia berbohong sebenarnya boleh kita kenal pasti.

Berikut adalah tip-tip cara mengenali seseorang yang sedang berbohong:-

1. Nada suara
Biasanya dari intonasi vokalnya, anda akan tahu apakah perkataannya benar atau tidak. Sebagai sahabat atau pasangan, anda mungkin sudah mengenali bagaimana karakter seseorang itu melalui suaranya ketika memberi penjelasan.

2. Enggan berjumpa
Apabila anda mengajaknya keluar untuk bertemu, pasti dia akan banyak memberi alasan. Dengan tiba-tiba, tingkah lakunya berubah tanpa diduga. Mungkin kerana merasa bersalah, pembohong tidak suka berdekatan dengan orang yang dibohonginya.

3. Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ia membesar. Fenomena itu juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

4. Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi, kita sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

5. Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar tiba-tiba menjadi gagap, itu merupakan tanda-tanda bahawa dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya, tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan itu disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong.

6. Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kerlipan mata berkurangan daripada kadar biasa, itu mungkin tanda berbohong. Ada juga keadaan yang mana sekiranya mata seseorang tiba-tiba mengerdip dengan banyak, itu merupakan tanda-tanda kemungkinan bahawa dia sedang berbohong. Kerlipan mata yang normal tidak menunjukkan dirinya berbohong.

7. Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

8. Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk tatkala berhadapan dengan sesuatu soalan, kemungkinan itu merupakan seseorang sedang berbohong.

Gambar Lawan Graviti Yang Kreatif

Ini adalah gambar sebenar tanpa diubahsuai oleh Photoshop. Gambar diambil ini milik Philippe Ramette berasal dari Perancis






sumber:mediamalaya

Sinopsis Ombak Rindu


Filem Sinopsis Ombak Rindu:-
filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Tajuk Filem:
Ombak Rindu

Pengarah: Osman Ali

Penerbit: Astro Shaw Sdn. Bhd.

Dipawagam: 01 Disember 2011

Pelakon Ombak Rindu:
Aaron Aziz
Maya Karin
Lisa Surihani
Bront Palarae
Azizah Mahzan
Zaidi Omar
Normah Damanhuri

Aaron Aziz Cedera Di Set Pengambaran KL Gangster 2

Pelakon super-duper terkenal, Aaron Aziz terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara babak stunt dalam filem KL Gangster 2.

Menurut portal Murai, Aaron memilih untuk melakonkan sendiri ‘lagak ngeri’ dalam salah satu babak dalam filem berkenaan.

Dek kerana tersalah ‘landing’, mamat tu terpaksa ‘landing’ di katil hospital!

Tetapi kepada ribuan peminat Aaron di luar sana jangan risau, ujian X-ray TIDAK menunjukkan kecederaan serius yang dialami pelakon kelahiran Singapura itu.

Dalam erti kata lain, tak sampailah patah tulang temulang pelakon hebat tersebut

Apapun lebam-lebam jugalah badan dia khabarnya.

Agak-agaknya ‘scene’ apalah yang dia lakonkan sampai jadi macam tu?

Ni yang tak sabar nak tunggu KL Gangster 2 ni.

Yang pasti, kerja tu kerja lah jugak kan, harapnya Aaron kena ambil berat soal keselamatan apatah lagi dia bukanlah ada pengalaman sangat dalam buat kerja-kerja stunt sebegini

Bukan apa, malang tak berbau bro! – Oleh SYAHRIL A. KADIR-mynewshub

Sekitar Pengambaran KL Gangster 2 (gambar)



Pelakon
Syamsul Yusof,Aaron Aziz,Adi Putera,Sofi Jikan,Zizan,Sheera Iskandar dan Rosyam Nor

Sinopsis
Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.

Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.

Sementara itu,Tailong(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatanTailong.

Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof)
merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.

King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya.

Bermulanya konflik dan dendam antara Malek danTailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?













Official Photographer KLG2 : Thehitman Nazri

Cara Gadis Zaman 1860 Pakai Gaun


Gadis-gadis pada zaman sekarang memang gemar berhias dan akan mengambil masa yang agak lama untuk bersiap. Yela, nak pakai mekup, nak berdandan, nak pilih baju dan aksesori yang sesuai dan sebagainya. Post kali ini kami ingin kongsikan bagaimana gadis-gadis pada tahun 1860 bersiap-siap untuk ke majlis-majlis atau keramaian. Kami yakin ramai yang pernah tengok cerita koboi dan pernah tengok rupa baju gadis-gadis mereka. Teruskan membaca untuk melihat bagaimana mereka bersiap dan berpakaian.






Selesai pakai gaun kembang
Untuk pengetahuan anda, rangka tersebut dipanggil Crinoline dan ia diperbuat daripada besi bertujuan untuk memberi bentuk dan menyokong gaun yang dipakai. Ia biasa dipakai oleh kerabat diraja dan orang-orang kenamaan untuk menunjukkan darjat seseorang. Tengok la nak pakai dia pon agak rumit dan perlukan bantuan beberapa pembantu.

sumber:cisdel

Justin Bieber Hadiahkan Ford Mustang Kepada Kawan Baiknya


Penyanyi remaja popular, Justin Bieber memberi kejutan kepada seorang rakan rapatnya dengan menghadiahkan sebuah kereta jenama Mustang berwarna putih sempena hari Krismas.

Penyanyi berusia 17 tahun itu dilaporkan memberi hadiah tersebut kepada rakan zaman kanak-kanaknya, Ryan Butler ketika pulang ke kediamannya di Stratford di Ontario, Kanada sempena musim cuti Krismas.
Butler memuat turun gambar kereta itu bersama mesej dalam laman web Twitter.

“Justin menghadiahkan saya sebuah kereta,” tulis Butler dalam Twitter.

Setakat ini, Bieber dilaporkan mendiamkan diri berhubung hadiah itu, sebaliknya dia hanya memaklumkan pengalamannya bercuti bersama keluarganya dalam laman itu

“Saya berasa lega dan gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama orang yang disayangi sempena Krismas ini,” jelas Bieber.

Dia juga memuat turun beberapa gambarnya bersama adik-adiknya Jaxon, 2, dan Jazmyn, 3 tahun.
Bieber tidak menyebut tentang teman wanitanya, Selena Gomez dalam mesejnya.

Beli Telefon Dapat Batu Lesung


JOHOR BAHRU – Seorang pekerja swasta kecewa apabila tiga unit telefon bimbit bernilai RM3,250 di Internet namun yang diterima hanyalah sebiji ibu lesung, sehari selepas menjelaskan bayaran.

Mangsa, Mohd Ha­i-z­rul Hisham Muhammad Hashim, 30, berkata, dia membuat pembelian selepas melayari sebuah laman web selain tertarik dengan tawaran telefon bimbit jenis Samsung Galaxy S berharga RM1,100 berbanding harga pasaran semasa, RM1,900.
“Saya beli tiga telefon bimbit pada 6 Disember lalu dan buat bayaran ke akaun milik seorang lelaki.
“Tetapi sehari selepas itu, saya terkejut apabila barang dalam bungkusan yang dihantar sebenarnya adalah ibu lesung,” katanya ketika perbicaraan di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), di sini, semalam.
Mohd Faizrul berkata, dia tidak berpuas hati selepas cuba menghubungi pemilik nombor telefon itu tetapi enggan dijawab dan mendapati syarikat itu tidak wujud.
Presiden TTPM, Quaik Ching Yu dalam penghakimannya menegaskan pihak menuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak selepas dapati ada masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.



 “Penuntut perlu pilih satu pihak untuk fail tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat, manakala duit dimasukkan ke akaun peribadi individu, mereka akan saling menolak,” katanya.
Mohd Haizrul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat itu dan meneruskan tuntutan terhadap pemilik akaun yang terima pembayaran.
Ching Yu mengarahkan lelaki yang terima bayaran itu memulangkan semula RM3,250 kepada Mohd Haizrul. -beritaharian

Hacker Cun Godam Duit Bank America


Siapa yang boleh menyangka gadis cantik dengan otak cair ini adalah orang di sebalik kehilangan wang bernilai US $ 35 juta dari akaun bank di Amerika Syarikat. Pasti anda juga tidak menyangka, lihat saja parasnya yang cantik dan tubuhnya yang seksi, membuat kita tidak percaya bahawa dia dalang dari kecurian wang tersebut.


Tapi kenyataannya gadis bernama Kristina Svechinskaya ini telah terbukti menggodam akaun bank dengan menggunakan mod virus komputer. Atas kepintaran dan kecerdikannya menyelit masuk ke akaun bank bernilai berjuta-juta dolar banyak yang menyebutnya hacker paling seksi didunia. Bahkan dia itu disejajarkan dengan intel cantik dari Russia yang tertangkap beberapa bulan yang lalu bernama Anna Chapman.


Siapa yang boleh menyangka gadis cantik dengan otak cair ini adalah orang di sebalik kehilangan wang bernilai US $ 35 juta dari akaun bank di Amerika Syarikat. Pasti anda juga tidak menyangka, lihat saja parasnya yang cantik dan tubuhnya yang seksi, membuat kita tidak percaya bahawa dia dalang dari kecurian wang tersebut.


Tapi kenyataannya gadis bernama Kristina Svechinskaya ini telah terbukti menggodam akaun bank dengan menggunakan mod virus komputer. Atas kepintaran dan kecerdikannya menyelit masuk ke akaun bank bernilai berjuta-juta dolar banyak yang menyebutnya hacker paling seksi didunia. Bahkan dia itu disejajarkan dengan intel cantik dari Russia yang tertangkap beberapa bulan yang lalu bernama Anna Chapman.

Lelaki Buat Duit RM700 Sehari Dengan Tahi Musang



LIPA, Filipina - Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.


Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu.


Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.


Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.


Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16).


Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram.


Musang yang tinggal di atas pokok itu memakan biji kopi sebelum mengeluarkannya menerusi najis.


Enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri. - AFP

Tikus Aneh Berkaki Kangguru

Tikus yang satu ini sangat unik. Cuping telinganya panjang seperti arnab dan kaki belakangnya kurus panjang seperti kangguru. Uniknya lagi, di hujung ekornya terdapat sejumput bulu hitam. Entah kerana kelainan genetik atau merupakan hasil pekahwinan antara tikus dan kangguru (mungkinkah?), bentuk tikus ini cukup aneh dan luarbiasa





Jalan Raya Dalam Bangunan Di Jepun

Jalanraya yang dibina menembusi bangunan.Itulah kemajuan negara seperti Jepun yang mana arkiteknya mempunyai  idea yang sangat kreatif.Idea ini sangat sesuai untuk negara yang padat dengan bangunan dan mempunyai kurang tanah untuk membesar atau membina jalanraya


Bapa Reka Basikal Gergasi Untuk Anak

JILIN, China - Seorang bapa, Zhang Yali menghabiskan masa selama dua bulan untuk mencipta sebuah basikal gergasi bersama seorang rakannya di sini.Yali yang berusia 49 tahun mencipta basikal itu sebagai hadiah untuk anak lelakinya yang berusia 25 tahun dan bekerja sebagai kartunis sambilan di Shenzhen, wilayah Guangdong.Basikal itu setinggi 3.2 meter dan panjang 5.5 meter.


Yali membelanjakan lebih 20,000 yuan (RM9,970) untuk mencipta basikal seberat lebih satu tan itu.


Menurut keluarga Yali, mereka akan mengayuh basikal itu dari Jilin ke Shenzhen. - Reuters

Jepun Cipta Tikus Yang Boleh Bercakap

Lagi idea pelik dari negara matahari terbit ini dimana idea dari negara jepun untuk menghasilkan tikus yang boleh bercakap seperti Mickey Mouse.

Penyelidik Jepun telah berjaya menghasilkan seekor tikus yang telah mengalami pengubahsuaian genetiknya membolehkan ia berkicau seperti burung. Tikus tersebut telah dibenarkan penyiarannya oleh media.

Sekumpulan penyelidik di Universiti Osaka sedang membiakkan tikus-tikus yang sudah diubahsuai genetiknya agar melakukan kesilapan untuk menyalin maklumat DNA dan mampu menghasilkan proses mutasi.

Tikus "berkicau" ini telah dihasilkan sebagai sebahagian daripada "Evolved mouse project" yang dilakukan oleh mereka dan diharapkan ia akan memberi pemahaman kepada bidang penyelidikan tentang bagaimana perkembangan bahasa boleh berlaku.

"Mutasi adalah daya pemacu kepada evolusi. Kami telah mengkacukkan tikus-tikus yang telah mengalami perubahan genetik dari satu generasi ke satu generasi untuk melihat hasilnya" kata ketua penyelidik Arikuni Uchimura.

"Kami telah memeriksa satu persatu anak tikus yang baru dilahirkan, satu hari, kami telah menemui seekor tikus yang berkicau seperti burung" Katanya kepada AFP.

Beliau mendakwa bahawa "tikus berkicau" ini telah dilahirkan secara kebetulan, namun trait (sifat) ini akan diwariskan kepada generasi-generasi yang akan datang.

"Saya terkejut kerana saya menjangkakan tikus-tikus ini akan mengalami perbezaan dari segi rupa fizikalnya" menurutnya yang dihubungi melalui telefon.

makmal tersebut yang dipantau oleh proffesor Takeshi Yagi di Universiti Osaka di barat Japan kini memiliki lebih 100 ekor tikus yang mampu berkicau untuk penyelidikan lanjut.

Kumpulan penyelidik ini berharap mereka akan berjaya mencari klu tentang bagaimanakah perkembangan bahasa manusia boleh berlaku, seperti kajian lain yang dilakukan oleh negara lain terhadap burung untuk membantu mereka memahami asal usul bahasa manusia.

Menurut Uchimura, "Tikus lebih baik berbanding burung untuk dikaji memandangkan mereka adalah mamalia dan struktur otak serta aspek biologi lain mereka lebih hampir kepada manusia".

"Kami kini memerhatikan bagaimanakah seekor tikus yang mengeluarkan bunyi yang baru akan memberi kesan kepada tikus-tikus biasa di dalam kumpulan yang sama, dengan kata lain sekiranya ia mempunyai konotasi sosial" menurutnya, sambil menambah, tikus biasa selalunya akan mendecit terutamanya apabila mengalami stress.

Uchimura berkata decitan mereka "mungkin sejenis luahan tentang perasaan atau keadaan badannya"

Kumpulan penyelidik ini mendapati bahawa tikus-tikus yang membesar dengan 'tikus berkicau' memancarkan decitan ultrasound yang lebih rendah berbanding yang lain-lain. Ia mungkin membawa maksud, kaedah-kaedah komunikasi boleh tersebar di dalam sebuah kumpulan yang sama seperti dialek.

Uchimura mengimpikan evolusi lanjut tikus-tikus ini melalui kejuruteraan genetik. "saya tahu ia merupakan jalan yang panjang dan orang akan mengatakan ianya 'terlalu tidak masuk akal' namun saya melakukan ini dengan harapan untuk menghasilkan seekor Mickey Mouse suatu hari nanti" katanya.

Kenapa Jari Mengecut Bila Kena Air

Kepada korang yang biasa bermain dengan air , mesti korang terfikir kenape jari korang menjadi kecut apabila terlalu lama basah. terdapat penjelasan tehadap apa yang berlaku ini..

Kalau korang nak tau antara sebab jari kita menjadi kecut apabila basah adalah kerana ia menyerap terlalu banyak air.

Menurut Mark Changizi, ahli neurobiologi dari Lab 2AI di Boise, Idaho, hujung jari manusia perlu berkerut atau kecut, sebagai bentuk adaptasi yang membantu manusia memegang dengan erat ketika tangannya licin kerana basah.

Penjelasan yang masuk akal. Bayangkan ketika berada di kolam renang, kita tergelincir dan tidak dapat keluar dari kolam kerana jari kita tidak dapat memegang tangga. Bahaya bukan?

Ketika kecut, jari kita mempunyai tekstur rendah dan tinggi. Pada bahagian yang tinggi, permukaan kulit jari tetap dalam keadaan kering, sementara air mengalir melalui celah yang rendah. Ini membolehkan jari dapat memegang benda dengan baik walupun dalam keadaan basah.

Hipotesis Mark ini selangkah lebih maju dari pemahaman umum yang mengatakan jari kecut ini hanya kerana ia menyerap banyak air.

Bola Misteri Jatuh Dari Langit

Sebiji bola metalik gergasi yang berdiameter 1.1 meter dan berat enam kilogram jatuh dari langit di sebuah kampung di utara Namibia, 750 kilometer dari Windhoek pada November lalu.



Pihak berkuasa Namibia kini menghubungi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan dan Agensi Angkasa Eropah bagi mendapatkan maklumat mengenai bola tersebut.

Institut Sains Forensik Kebangsaan Namibia bingung tentang bola tersebut dan tidak mengetahui dari mana asalnya. Bola metalik itu ditemui oleh seorang petani di wilayah Omusati.

Menurut beberapa saksi, bunyi kuat kedengaran sebelum ia ditemui seorang petani yang kemudian menberitahu polis.Bola itu kini dalam simpanan pihak polis.

Keranda Pelik Jadi Perhatian


ACCRA - Adakah anda pernah terfikir untuk melihat keranda dalam pelbagai rupa dan bentuk yang pelik?

Kini, ia tidak mustahil lagi dengan kemunculan keranda pelbagai bentuk seperti ikan jerung, buah nanas, telefon bimbit dan kereta mewah hasil kerja tangan tukang kayu dari Ghana.

Paa Joe, 66, pakar membuat keranda dari Afrika barat itu, berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung dengan rekaan pelik kerandannya dalam sebuah pameran seni di Galeri Jack Bell, Britain pada tahun lalu.

Joe kini bekerja di sebuah kedai pertukangan kayu Kane Kwei di Accra.

Pengasasnya, Kane Wei memulakan perniagaannya sekitar 1950-an dan telah mencipta mencipta keranda seakan-akan bentuk kapal terbang untuk mendiang neneknya.

Perniagaan tersebut kini telah berkembang dan semakin mendapat permintaan di Britain selepas pameran seni itu diadakan.

Joe kini semakin sibuk menyiapkan tempahan keranda pelbagai bentuk seperti pisang, robot dan lokomotif.





Lebih 45 000 Password Facebook Dicuri Oleh Cacing Ramnit


Facebook kini bukanlah tempat yang selamat. Kejayaan dan populariti Facebook yang semakin meningkat menjadikan laman sosial popular itu menjadi sasaran penggodam untuk mencuri data-data peribadi pengguna, salah satunya adalah melalui sebuah ancaman worm yang dikenali sebagai Ramnit.

Ramnit dipercayai mula menular di laman sosial terkenal itu bermula pada bulan April 2010, dan ianya dipercayai telah mencuri kira-kira 45 000 kata laluan pengguna laman sosial tersebut, terutamanya dari UK dan Perancis. Ramnit dipercayai akan mula merebak apabila pengguna yang kurang berhati-hati mengklik link di halaman Facebook mereka.

Setelah mengklik link tersebut, akaun mangsa seterusnya akan berkongsi pula link tersebut secara automatik kepada rakan-rakan mereka, dan  jika terdapat di antara rakan-rakan mereka yang mengklik link tersebut, mereka akan turut sama menyebarkan link tersebut kepada rakan-rakan mereka yang lain pula.

Jika anda telah mengklik sesuatu link yang mencurigakan di halaman Facebook anda, kami sarankan agar anda segera menukar kata laluan Facebook anda dan lebih berhati-hati pada masa hadapan jika terdapat pautan yang mencurigakan dikongsi oleh rakan-rakan anda, besar kemungkinan ianya mengandungi virus atau worm yang merbahaya.

sumber:woot.my

Ikan Tuna Dilelong RM2.3 Juta


TOKYO - Seekor ikan tuna gergasi sirip biru seberat 269 kilogram (kg) yang ditangkap di luar perairan wilayah Aomori, utara Jepun mencipta rekod apabila dilelong dengan harga 56.49 iuta yen (RM2.3 juta) pada lelongan pertama hidupan laut itu dalam tahun ini.
Menurut agensi berita AFP, ikan itu dibeli oleh presiden sebuah syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Zushi-Zanmai, Kiyoshi Kimura.
"Saya mahu memenangi ikan tuna yang terbaik supaya pelanggan Jepun dan bukan pelanggan dari luar negara yang akan menikmatinya," kata Kimura.
Dia merujuk kepada seorang pemilik restoran sushi di Hong Kong yang membeli seekor ikan tuna sirip biru yang dilelong pada harga 32.49 juta yen (RM1.32 juta) di Tsukiji, Jepun.
Penduduk Jepun makan tiga suku daripada ikan tuna yang ditangkap di seluruh dunia. - AFP

Beca Mewah Di China

Beca Kereta Mewah Di China (4 Gambar) | Seorang penarik beca di China telah mencipta sebuah beca yang kelihatan seperti sebuah kereta mewah pada bahagian tempat duduk penumpangnya. Ini sekaligus melihatkan becanya lain daripada lain malah jauh berbeza daripada beca yang biasa kita lihat. Kat bawah ni 4 gambar untuk anda saksikan. Jom kita tengok gambar menarik beca mewah ni.