Home » » Cara Lelaki Memikat Wanita

Cara Lelaki Memikat Wanita


Wanita cerewet? Benarkah begitu? Pendapat ini timbul kerana kebanyakan wanita sekarang menganggap lelaki zaman kini agak ‘lurus’ dan tidak ramai yang menggoda wanita. Kini ramai pula wanita menggoda lelaki.


Bak kata perumpamaan: bagai perigi mencari timba. Masalahnya kini, kenapa pula wanita yang perlu mengorat lelaki? Kenapa mereka begitu berani? Sebenarnya dalam dunia serba canggih ini, tidak ada syarat yang menetapkan lelaki wajib memikat wanita dan wanita tidak perlu memikat lelaki. Pucuk pangkalnya ialah keberanian. Jika seorang wanita sudah terpikat, apa salahnya dia yang memulakan dahulu. Mana tahu, dengan cara ini, cinta akan berputik. Jika menunggu sahaja, silap hari bulan, burung idaman lari ke tempat lain. Pernahkah kita lihat atau mengalaminya sendiri, bagaimanakah teman lelaki anda memikat anda suatu ketika dahulu. Apa taktik yang digunakan dan bagaimana anda boleh terpikat?. Walaupun 100% tidak betul, tetapi senarai di bawah ini membantu anda mengenali cara mereka memikat seseorang wanita yang disukainya.

1. Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada seseorang wanita yang diminatinya. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya memberitahu secara tersirat bahawa dia begitu berminat denga wanita itu dan berhasrat supaya mendapat respons atau reaksi positif daripadanya. Renungan juga berbeza-beza. Jika teman sepejabat, kadang kala si wanita menjadi rimas dan tidak selesa kerana asyik diperhatikan tetapi apabila bersua bertentangan mata, si lelaki buat tidak endah sahaja. Mereka sering mencuri pandang dan memerhatikan setiap gerak –geri wanita yang diidamkan.

2. Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak memikat wanita. Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak untuk bersiar-siar dengan menaiki kenderaannya dengan hasrat dapat memancing hati wanita itu. Namun, bersaspadalah kaum wanita kerana tidak semua lelaki ikhlas dan jujur.

3. Ada juga sesetengahnya memikat melalui orang lain. Contohnya hendak memikat, lelaki itu akan mendampingi ahli keluarga seperti ibu, adik, kakak, mahupun bapa wanita itu. Mereka akan berbuat baik, selalu menjenguk, bertanya khabar dan menghantar cenderahati semata-mata ingin memikat hati ahli keluarganya. Jika mereka semua sudah berkenan dengan si lelaki tadi, mudahlah dia meneruskan taktik memikat si wanita. Hal ini kerana wanita tidak akan banyak karenah jika keluarga sudah berkenan kerana bagi wanita, ia sudah memadai.


4. Lelaki yang tinggi egonya ada kalanya akan memikat dengan cara mengutuk wanita yang disukai. Ada juga lelaki jenis ini dan wanita jangan terperanjat jika terjumpa lelaki begini. Mereka suka menyakitkan hati wanita itu sehingga kadang kala menititskan air mata wanita itu dek kerana diganggu. Bukan mereka tidak berani. Tetapi mereka belum bersedia untuk menyatakannya. Sekurang-kurangnya dengan menyakat wanita idaman, membolehkan dirinya sentiasa hamper dengan si wanita walaupun dalam cara yang tidak disenangi.

5. Selain itu, terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat dan tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidupnya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini tiada lain selain bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia dalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup. Tetapi awas lelaki, jangan terlalu berlebih-lebihan atau melampau pujian atau bangga diri anda.

6. Bagi lelaki yang aktif atau dikategorikan sebagai yang sukakan cabaran, cara mereka agak berlainan. Mereka suka jika membawa si wanita melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung, memanjat, berkayak, berkhemah, berbasikal, memancing dan banyak lagi. Ia semata-mata untuk melihat sama ada si wanita sesuai atau tidak dengan citarasanya.

sumber:myuitm

4 comments:

  1. oow .. sye ade jiran yang hensem. dia bersekolah sama dgn sya . dia selalu usik sya dgn memanggil sya kuat2 sampai orang laen pandang sya . kenapa dia buat cam tu ah?

    ReplyDelete
  2. tapi ,,,, sya suka lah dia buat cam tu kat sya . kalau dia x buat cam tu,, sy rse sunyi sesgt . mase dia buat cam tu kat sya, saya selalunyer buat muka x kisah and lari dr dia!!!!

    ReplyDelete
  3. Masa kat sekolah dulu, lelaki yang feymes ni biasanya adalah lelaki yang periang n kelakar, tapi kalau sampai tahap annoying jadi menyampah plk kn? haha


    Di sini juga ada doa >>
    Doa Pengasih, Pelembut Hati Suami Isteri Anak dan Sesiapa Sahaja

    ReplyDelete
  4. Kalau macam nilah gayanya,better saya berhati-hati dengan kawan saya..

    ReplyDelete