Home » » Terapi Spa Ikan Penyebab HIV

Terapi Spa Ikan Penyebab HIV



TERAPI SPA IKAN BOLEH MENYEBABKAN HIV DAN HEPATITIS B.


Seperti yang kita ketahui, cara spa ikan berfungsi ialah dengan menghendaki orang ramai atau pesakit meletakkan kaki atau seluruh tubuh di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan-ikan kecil (ikan Garra Rufa atau ikan chin chin) yang akan memakan sel-sel kulit mati pesakit.

Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan (Fish Spa) atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.
Cara jangkitan melalui spa ikan ini ialah apabila virus atau bakteria yang dipindahkan oleh ikan-ikan tersebut dari satu pelanggan ke pelanggan yang lain tanpa airnya diganti.
Jadi, jika ada pengguna yang mempunyai jangkitan  HIV atau hepatitis, dan mengalami perdarahan di dalam air, risiko untuk jangkitan HIV dan Hepatitis B ke pengguna lain adalah sangat tinggi.
Untuk maklumat anda juga, rawatan kaki menggunakan teknik Spa Ikan ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat.
Maknanya bukan terang-terang ianya menunjukkan bahawa terapi spa ikan boleh bawa penyakit berbahaya tetapi ada sebab tertentu. Tak salah pun nak buat terapi ikan. Untuk selamat, lebih elok kita bertanya dahulu kepada orang yang menguruskan untuk terapi ikan tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan