Home » » Virus Komputer

Virus Komputer


1. Sasser and Netsky
Penciptanya Sven Jaschan berasal Jerman baru hanya berusia 17 tahun. Sasser menyerang Microsoft Windows. Sasser ini juga boleh tersebar melalui email. Jika satu komputer berhubung (connect) ke komputer yang kena virus ini, komputer tersebut tidak boleh dimatikan (shutdown) tanpa mencabut power. Netsky pula tersebar melalui email dengan 22 Kb attachment file dan jaringan Windows. Ia juga menyerang DoS. Sven Jaschan tidak dikenakan hukuman penjara, dia hanya diberi tempoh percubaan 1 tahun 9 bulan, kerana umurnya masih di bawah 18 tahun.



2. Leap-A/Oompa- A
Mac(Apple) yang punya konsep 'security through obscurity' yakin tidak akan dirserang virus kerana OSnya menggunakan sistem tertutup. Tapi pada tahun 2006, virus Leap-A atau lebih dikenali sebagai oompa-A muncul tersebar melalui iChat pada Mac. Setelah Mac terserang, virus itu akan mencari kenalan melalui iChat dan mengkirim pesan ke tiap kenalan. Pesannya itu berisi file corrupt yang berbentuk JPEG. Memang tidak berbahaya, namun hal ini membuktikan bahawa masih ada virus berbahaya yang mampu menyerang MAC.


3. Storm Worm
Muncul pada tahun 2006, disebut "Storm Worm" kerana tersebar via email dengan judul "230 dead as storm batters Europe". Storm worm adalah program Trojan house. Beberapa versinya boleh mengakibatkan komputer menjadi bots. Atau biasa digunakan hacker untuk spam mail melalui internet.




4.SQL Slammer / Saphire

Muncul pada Januari 2003, menyebar dengan cepatnya melalui internet. Virus inilah yang mengakibatkan perkhidmatan ATM Bank Amerika crash, hancurnya perkhidmatan 911 Seattle, dan Continental Airlines membatalkan beberapap penerbangan kerana error check in pada tiketing. Kerugian dijanga melebihi USD1 juta, sebelum virus ini dipatch.


5. MyDome (Novarg)
Mula menyerang pada 1 Februari 2004,virus ini menghasilkan backdoor di
Operating(OS).
 Pada 12 Feb, virus ini berhenti menyebar dan mulai menghasilkan backdoors.
MyDome tersebar via email dan search engines. Google mulai menerima jutaan permintaan pencarian dan mengakibatkan ia menjadi lambat dan akhirnya crash.Gara-gara MyDoom, Senator US Chuck Schumer mengajukan kes ini kepada National Virus Response  Center
 


6. Nimda

Tahun 2001, namanya diambil dari perkataan "admin" yang diterbalikkan.  Penyebarannya sangat cepat, menurut TruSecure CTO Peter Tippet, Nimda hanya memerlukan 22 minit untuk menjadi top virus ketika itu. Sasaran virus ini ialah pada server-server Internet, menyebar melalui Internet. Nimda akan membuat backdoor ke OS. Maka penyerang boleh mengakses ke server dan membuat apa saja. Nimda juga menjadi DDoS.


7.Code Red & Code Red II

Muncul pada musim panas 2001, menyerang OS Windows 2000 & NT. Virusnya bakal mengakibatkan buffer penuh dan menghabiskan memori. Di White House, semua komputer yang kena virus ini dengan automatik mengakses web server di White House, mengakibatkan overload atau serangan DDoS. Akhirnya Microsoft sertamerta melancarkan patchnya saat itu juga.


8. The Klez

Muncul pada 2001, menyebar via email, replikasi dikirim terus ke email2 di address               book. Mengakibatkan komputer gagal beroperasi, malah boleh menghentikan fungsi   program antivirus.


9. Melissa

Dicipta pada tahun 1999 oleh David L Smith, basicnya Microsoft Word macro. Menyebar melalui email dengan dokumen "Here is that document you asked for, don't show it to anybody else.". Sekiranya terbuka fail ini, virus akan replikasi dan dengan automatiknya mengirim ke top 50 di address book email. Smith dipenjara 20 bulan, denda $5000 dan dilarang akses komputer tanpa pengawasan.


10.ILOVEYOU

Setelah "Melissa", muncul virus ILOVEYOU dari Filipina yang berbentuk worm, program standalone dapat mereplikasi dengan sendirinya. Menyebar via email bertajuk "surat cinta" dari secret admired. Fail originalnya LOVE-LETTER-FOR-YOU.TXT. vbs. VBS adalah singkatan Visual Basic Scripting. Penciptanya adalah Onel de Guzman dari Filipina.



Sumber:BudakBotak

1 comments:

  1. UFS mining shelters include the Rapid-Span, Supa-Span, and Alu-Span range
    of products, these structures are all easily disassembled and cartable making them
    excellent for interim facilities with resale options. It also happens sometimes that your
    character will say something silly. One particular of the primary regions within the mining market in Australia
    which has observed the fantastic boost in the employment of ladies is dump trucking.

    ReplyDelete