Home » » Fizo Omar Akan Muflis

Fizo Omar Akan Muflis


Wan Hafizol Wan Omar atau terkenal dengan nama Fizo Omar kini diburu sebuah bank kerana dikatakan gagal melunaskan pinjaman sebanyak RM2 juta. Pelakon berusia 26 tahun mendakwa namanya telah disalahgunakan sebagai penjamin bagi pinjaman tersebut tanpa pengetahuannya.

Pelakon filem Kongsi yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu berkata, dia telah diajak menjadi rakan kongsi sebuah syarikat percetakan di ibu negara oleh seorang kenalan pada tahun 2008. Berikutan itu, katanya, dia dilantik sebagai pengarah urusan dan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Bagaimanapun penglibatan Fizo bersama syarikat tersebut yang beroperasi di Damansara di sini tidak kekal lama apabila dia menarik diri beberapa bulan kemudian.

P/s: Bahaya kalau jadi penjamin kat sesiapa pon kalau orang tu tak bayar...

Sumber: budakbotak

0 comments:

Post a Comment