Home » » Kuda Dan Askar

Kuda Dan Askar


Di sebuah kem tentera, seorang Jeneral sedang menunggu askar-askar yang lambat, dari jauh kelihatan seorang askar sedang berlari.

Askar: Minta maaf tuan, saya terlambat.

Jeneral: Kenapa awak lambat?

Askar: Saya bersiar-siar di bandar, tuan. Saya balik dengan bas tetapi di pertengahan jalan bas rosak, saya terus tahan teksi tapi sampai di satu ladang, teksi tu pancit, tuan, saya pinjam seekor kuda dari ladang tu tapi hampir 2 kilometer dari kem, kuda tu mati, tuan. Lepas tu saya terus berlari sampai ke kem ni, tuan.

Jeneral: Baiklah, awak boleh pergi.

Askar: Terima kasih tuan.

Selepas beberapa minit, seorang lagi askar muncul sambil berlari.

Askar: Minta maaf tuan, saya terlambat.

Jeneral: Kenapa awak lambat?

Askar: Saya bersiar-siar di bandar, tuan. Saya balik dengan bas tetapi di pertengahan jalan bas rosak, saya terus tahan teksi tapi sampai di satu ladang, teksi tu pancit, tuan, saya pinjam seekor kuda dari ladang tu tapi hampir 2 kilometer dari kem, kuda tu mati, tuan. Lepas tu saya terus berlari sampai ke kem ni, tuan.


Jeneral agak ragu-ragu tetapi melepaskan askar itu juga. Beberapa jam kemudian, hampir 30 lagi askar pulang dan menceritakan cerita yang sama sehingga Jeneral menjadi semakin curiga. Pada malamnya, tentera yang terakhir sampai tercungap-cungap.


Jeneral: Jadi awak ni apa cerita?

Askar: Saya bersiar-siar di bandar, tuan. Saya balik dengan bas tetapi di pertengahan jalan bas rosak, saya terus tahan teksi tapi....

Jeneral: Biar saya teka, teksi tu pancit bukan?

Askar: Tidak tuan, banyak sangat bangkai kuda sampai teksi tu tak boleh lalu tuan.

0 comments:

Post a Comment