Home » » Apakah Maksud Perhimpunan Bersih 2.0 2011 ?

Apakah Maksud Perhimpunan Bersih 2.0 2011 ?



Apa itu BERSIH?
BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia. Perhimpunan bersih yang pertama adalah pada 10hb. November, 2007


Pelancaran BERSIH
BERSIH dilancarkan secara rasminya pada 23 November 2006 di Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin-pemimpin parti politik, kumpulan masyarakat dan NGO, termasuk Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Publisiti Pusat dan Ahli Parlimen Seputeh, TereseKok; Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa; Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub; Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan; Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud; Pengarah Eksekutif WDC, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif SUARAM, Yap Swee Seng.

Apakah yang di tuntut oleh para-para pendokong BERSIH ini?
8 Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
Itulah antara tuntutan-tuntutan yang di perjuangkan oleh mereka sehinggakan mereka perlu untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 2.0

Siapakah Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0:
1.Dato’ Ambiga Sreenevasan, Chairperson
2.Andrew Khoo
3.Arumugam K.
4.Farouk Musa
5.Maria Chin Abdullah
6.Haris Ibrahim
7.Liau Koh Fah
8.Richard Y W Yeoh
9.Toh Kin Woon
10.Wong Chin Huat
11.Yeoh Yang Poh
12. Zaid Kamaruddin
Saya pun tak kenal dengan mereka nie…anda boleh google nama-nama tersebut. Tetapi sedikit info tentang pengerusinya Dato’ Ambiga Sreenevasan:

1. Beliau ialah bekas presiden majlis peguam.
2. Dalam kes murtad Lina Joy, beliau mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah di bawah perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
3. Beliau bertanggungjawab menerima memorandum menuntut perlaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001 yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dimana mereka akan mengadakan perhimpunan bersih 2011?
Tempat bertemu: Sogo, DBKL & Masjid Kampung Baru!

Apakah warna pakaian mereka?
Warna kuning dengan lambang BERSIH.

Siapakah penyokon mereka?
Majoriti terdiri daripada ahli parti pembangkang dan juga beberapa pertubuhan NGO.

Kenapa kerajaan tidak benarkan perhimpunan bersih 2011.
Kerajaan sehingga hari ini tidak mengeluarkan sebarang permit bagi meluluskan perhimpunan bersih tersebut malah perhimpunan tersebut telah di isyhtiharkan sebagai satu perhimpunan haram. Malah sesiapa yang memakai baju bersih akan di tangkap, sebab memakai baju bagi perhimpunan haram. Antara alasan lain bagi tidak membenarkan perhimpunan bersih adalah kerana dibimbangi akan mencetuskan kekacauan dan huru hara di sekitar Kuala Lumpur pada hari tersebut. Selain itu juga akan merugikan kepada peniaga kerana terpaksa tutup kedai kerana ketakutan.
Selain itu juga kerajaan berpendapat kumpulan Bersih bukannya mewakili suara majoriti, tetapi sebaliknya membawa agenda peribadi pemimpin tertentu pembangkang. Kerajaan juga menyatakan bahawa tidak perlu mengadakan perhimpunan bersih dijalanan sebaliknya berunding dengan saluran yang betul. Laporan polis juga telah mencatat sejarah apabila polis menerima laporan tertinggi terhadap bantahan mengenai bersih. Kalau kerajaan tak nak perkara ini berlaku pastikan langkah-langkah pencegahan awal dilakukan untuk memastikan kuala lumpur bersih daripada perhimpunan bersih. Kita mesti faham bukan semua rakyat Malaysia sokong Bersih.
Saya tak akan sertai perhimpunan bersih tersebut malah kawan saya sendiri yang sudah merancang berbulan-bulan untuk pergi makan kenduri kahwin kawannya pada 9 Julai di Kuala Lumpur terpaksa membatalkan perkara tersebut gara-gara perhimpunan bersih ini yang pasti akan menyesakkan trafik dan juga pemandangan. Apa pun terpulang kepada pendapat masing-masing dalam hal ini. Jangan menang sorak kampung tergadai sudah…


Source: www.beritasemasa.com
              http://inspirasicyber.com


Senarai Jalan-Jalan Yang Ditutup Sempena Bersih 2.0 2011


1. Lebuh ampang.                     
2. KLCC.                                     
3. Bank negara.                             
4. Dataran Merdeka.                    
5. Sogo.                                      
6. Chow Kit.                               
7. Menara Sultan Ismail.              
8. Masjid Negara.                         
9. Jalan Raja Chulan.                      
10. Jalan Ipoh.                                  
11. Sentul.                                   
12. Jalan TAR.                                   
13. Jalan P. Ramlee.                           
14. Jalan Bandar.                           
15. Subang Jaya (near Segi).     
16. Sunway Pyramid and Subang Parade.                                         
17. Federal Highway.                    
18. LDP.                                      
19. KL-Seremban highway di Seri Kembangan.. 


0 comments:

Post a Comment