Home » » Gadoh 2009

Gadoh 2009


Dah layan Cerita yang tak lepas untuk ditayangkan di pawagam ?
Gadoh ialah cerita budak-budak sekolah yang bergaduh. Ketika cikgu-cukgu mereka bergaduh dalam mesyuarat untuk membincangkan masalah ini, seorang guru mencadangkan ditubuhkan kelab teater bagi pelajar-pelajar yang bergaduh ini.

Sekurang-kurangnya, penulis filem ini punya 3 mesej tersirat yang ingin disampaikan.
Pertama : Kritikan terhadap guru, sekolah dan sistem pendidikan.
Dalam filem ini ada watak beberapa orang guru yang berlainan karakter, pengetua yang ‘cenge’ dan pegawai dari kementerian.


Sekolah, seperti yang dikritik dalam filem ini, kurang memberi perhatian kepada kehendak dan keperluan pelajar. Ini termasuk sikap sebahagian guru-guru. Keperluan yang paling besar terabai ialah mereka tidak mendengar keluhan dan isi hati pelajar. Ini termasuk guru, pengetua dan pembuat dasar dalam sistem pendidikan. Sekolah hanya menjadi tempat ‘menyuap’ apa-apa sahaja yang disediakan oleh sistem.
Ini kritikan yang sebahagian nya benar. Dan sangat tegas dan pedas untuk golongan pendidikan dan pembuat dasar.
Kedua : Persoalan prejudis kaum
Pergaduhan dalam sekolah ini melibatkan kumpulan pelajar dari kaum yang berbeza. Pelajar Melayu diketuai oleh Khalil (lakonan Zahiril Adzim) dan pelajat China yang dikepalai oleh Heng (Nicholas Davis). Prejudis perkauman menurut filem ini bermula dari rumah (ibu bapa) dan disemarakkan di sekolah.
“China penipu” dan “Melayu malas” merupakan dua ungkapan membayangkan prasangka. Padahal ia sangat asyik dan selalu diungkapkan. Mitos-mitos negatif yang merujuk kepada ras dan kaum ini dimulakan oleh pihak kolonial demi dasar  pecah dan perintah. ini ditegaskan oleh seorang sarjana besar Melayu Prof Dr Syed Hussein Alatas. Beliau menulis sebuahh buku khusus bertajuk “Mitos Peribumi Malas”. Sebuah kajian ilmiah berkenaan ‘malas’ orang Melayu, Jawa dan Filipina. Kesimpulan yang dibuat ialah, dakwaan Peribumi malas adalah dusta dan rekaan semata-mata. ‘Malas’ tidak merujuk kepada mana-mana kelompok, sebaliknya bergantung kepada individi itu sendiri tidak mengira ras dan keturunan.
Ketiga : Seni dan budaya melalui perlambangan teater.
Ini filem bikinan orang teater. Namron mengangkat teater sebagai elemen yang boleh menyatu-padukan bangsa. ini idelogi orang budaya dan seni. Teater bukan sekadar alat bersantai dan berhibur. Ia juga boleh menjadi alat untuk menyebarkan propaganda, medium menyampaikan mesej dan alat perpaduan.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku ruspek pada si pembuat blogger,nie..,kerana filem yang dibenarkan downloads,mempunyai gambar yang original.....dan free.......tahniah.bro....

Tanpa Nama berkata...

i lap u bro
ahaha

ScarletPimpernal berkata...

nape xley download

Catat Ulasan