Home » » Senarai Geng Mafia Paling Terkenal

Senarai Geng Mafia Paling Terkenal

Aryan Brotherhood (AB,The Brand)
aryan brotherhood 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Kumpulan gengster ini terdapat di penjara AS. Populasi kumpulan ini adalah 1% meliputi seluruh penjara As dan 26% kes di penjara adalah melibatkan pembunuhan banduan. Ahli kumpulan paling banyak ditemui di State Prison (California). Untuk join kumpulan ini, anda harus membunuh seorang banduan dan kepada sesiapa yang meninggalkan kumpulan ini akan dibunuh oleh geng-geng dalam kumpulan tersebut. So, kalau dah join tu, tak payahlah tinggalkan kumpulan nie ye.
Mexican Mafia (La eMe)
mexican mafia la eme gangs 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Kumpulan ini terdapat di penjara Mexico dan bermula pada tahun 1950 di Tracy California. Kumpulan ini menjalankan kegiatan mengedar dadah, memeras ugut dan membunuh. Selain itu, kumpulan ini ade kaitan dengan kumpulan Aryan Brotherhood dan mempunyai undang-undang tersendiri iaitu pendedahan ahli kepada orang ramai, tidak ada hubungan Homoseksual dan tidak perlu ada sifat pengecut untuk membunuh orang awam. Kumpulan seperti ini tidak boleh mempratikkan agama kristian dan sekiranya salah seorang ahli kumpulan yang keluar dari penjara, beliau harus menghantarkan perbelanjaan kepada ketua mereka di penjara.
The Mungiki (Kenyan Mafia)
kenyan mafia 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Tiada di benua Amerika dan hanya boleh ditemui di Perkampungan Nairubi di Kenya dan ditubukan pada tahun 1980. Kumpualan ini menentang agama kristian dan juga pengaruh barat. Antara aktiviti kumpulan ini adalah nyerang musuh dengan memotong kepala, memotong kemaluan (perempuan) dan mecacat anggota badan dan sebanyak 50 orang mati sejak kumpulan ini ditubuhkan. Mempunyai hubungan dengan US tapi setakat ini tiada bukti yang kukuh.
Primeiro Comanda da Capital (PCC)
Primeiro+Comanda+da+Capital+%2528PCC%2529 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Kumpulan ini terdapat di Brazil dan merupakan kumpulan yang baru ditubuhkan oleh banduan Brazil. Ditubuhkan pada tahun 1993 oleh 8 orang ahli (paling sikit). Kumpulan ini menentang polisi kerajaan Brazil (sekarang) dan pada tahun 2006, sebanyak 300 serangan dilancarkan ke kemudahan awam. Bayaran juga akan dikenakan kepada ahli kumpulan iaitu sebanyak $27 di dalam penjara dan $270 di luar penjara. Sebaik sahaja diperkenalkan kepada ahli kumpulan, Korang layak untuk menganggotainya.
Black Guerilla Family (Black Family,Black Vanguard)
black guerillas 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Kumpulan ini ditubuhkan oleh George Jackson pada tahun 1996 di Marin Country, California. Dianggotai oleh kaum American-African dan tujuan utamanya ialah membela maruah orang kulit hitam di penjara dan menjatuhkan kerajaan AS serta memperjuangkan falsafah ekonomi Marrxism. Pada hari ini, jumlah anggota meningkat ke 50 000 dan syarat untuk join adalah anda adalah seorang yang berkulit hitam.
La Nuestra Familia
nuestra leaders 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Kumpulan ini ditubuhkan pada 1968 oleh Mexican American yang terletak di penjara Northern California dan merupakan musuh ketat Mexican Mafia. Kegiatan yang dijalankan oleh kumpulan ini adalah mengedar dadah di penjara dan juga kegiatan pelacuran. Sekiranya ingin menjadi ahli, anda akan diberi masa 2 tahun dalam tempoh pemerhatian. Ahli kumpulan ini mestilah memberi lebih perhatian kepada kumpulan berbanding keluarga. Dan tiada ahli untuk wanita.
Texas Syndicate (Texas 7)
Texas+Syndicate+%2528Texas+7%2529 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Kumpulan ini terdapat di California State Prison dan merupakan musuh ketat kepada Mexican Mafia dan Aryan Brotherhood. Orang bangsa Hispanic (orang yang berasal dari sepanyol) tidak dibenarkan menjadi ahli. Mereka anti Caucasian dan kebanyakkan ahlinya dari Mexico. Pada tahun 2000, kumpulan ini mempunyai ahli sebanyak 1000 di dalam penjara dan 830 di luar penjara. Kegiatan yang selalu dilakukan adalah lebih kepada kontrak pembunuhan, perjudian, peras ugut, dan mengedarkan dadah.
Crips
crips 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Kumpulan ini bermula pada tahun 1969 oleh 2 budak berkulit hitam bernama Stanley Wiliam dan Raymond Washington. Kumpulan ini berasaskan kumpulan Black Panther (sila rujuk wikipedia.org) dan antara kumpulan yang berkuasa di AS pada hari ini. Keahliannya sebanyak 30 000 yang terdapat di dalam dan di luar penjara dan antara kegiatan yang mereka lakukan adalah membunuh, merompak dan menjual dadah. Warna pakai kumpulan ini adalah biru dan merupakan musuh kepada kumpulan Blood (kadang2 sesama kumpulan pon mereka bergaduh). Kumpulan ini terlalu besar dan sekarang sudah merebak ke Kanada.
Bloods
bloods 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Bertapak di Los Angeles dan musuh kepada Crips. Warna pakaian adalah merah bermula pada tahun 1972 bergerak secara perlahan dan kini telah menguasai seluruh bandar L.A. Mempunyai organisasi dan taktik tersusun. Kegiatan jenayah hanya tertumpu pada mengedarkan dadah.
Mara Salvatrucha (MS-13)
Mara+Salvatrucha+%2528MS 13%2529 10 Kumpulan Gengster Paling Berbahaya
Dianggotai oleh rakyat Guatemala, Honduras, Salvador dan negara di Amerika Syarikat Tengah. Ditubuhkan pada tahun 1980 untuk melindungi imigrasi dari ancaman kumpulan jahat. Kumpulan ini juga tersebar ke Sepanyol, Amerika Syarikat, Great Britain, German dan Kanada. Bergiat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata api mencuri, dan juga kontrak pembunuhan. Terdapat 10 000 keahlian di AS dan kumpulan ini berani membunuh sesiapa sahaja sekiranya kegiatan mereka di dedahkan kepada pihak kerajaan. Rekod jenayah yang paling baru adalah meletupkan sebuah bas yang menyebabkan kematian 28 kanak-kanak termasuk wanita.

3 comments:

  1. MS 13 !!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. gila r geng mafia nie...takot ak

    ReplyDelete
  3. Texas syndicate salah fakta bro....
    hahah...orang hispanic (owg mexico la lebih tepat latin)....yg join ahli....

    ReplyDelete