Home » » Apakah Angin Suria

Apakah Angin Suria





Apakah itu angin suria? Angin suria ini adalah merupakan salah satu fenomena pergerakan zarah2 bertenaga tinggi yang dipancarkan oleh matahari. Ini berlaku dimana dibahagian luar atmosfera suria yang tidak mempunyai sempadan tetap dan telah mengakibatkan korona akan sentiasa berkembang oleh kerana suhu jirim korona yang tinggi. Fluks jirim korona yang mempunyai zarah2 yang terdiri daripada elektron, proton dan juga zarah alfa akan berlaku secara berterusan menjauhi matahari pada kelajuan yang sangat tinggi iaitu 250 batu (400 km) sesaat.






Eugene Parker pada 1958 telah menemui fenomena ini dan beliau mendapati terdapat angin yang tidak berhenti bertiup dari matahari dan mengisi ruang angkasa bersama gas plasma. Komposisi angin suria adalah terdiri daripada hidrogen, nitrogen dan juga benda asing. Medan magnet bumi pula akan membalikkan semula sebahagian daripada angin suria untuk membentuk Lengkungan Radiasi Van Allen. Angin suria yang melepasi medan magnet bumi akan membentuk Tabir Cahaya Utara (Aurora borealis) dan Tabir Cahaya Selatan (Aurora australis). Fenomena ini turut memberi kemungkinan satelit atau stesen angkasa akan mengalami pergeseran dengan angin suria yang akan menyebabkan ia akan terkeluar dari landasannya.

0 comments:

Post a Comment