Home » » Amanda Imani Sehebat Nama

Amanda Imani Sehebat Nama

Penyanyi Amanda Imani,20, bakal mewakili negara dalam pertandingan 20th International Pop Music Festival Discovery 2011 di Varna, Bulgaria. Ia akan berlangsung pada 13 hingga 15 Mei depan.

Menurut Amanda, dia akan mewakili Malaysia bagi dua kategori iaitu Lagu Asal Terbaik dengan membawakan lagunya sendiri, Selamilah Cinta dan Penyanyi Terbaik menerusi lagu Hero (Mariah Carey).

"Ini merupakan pertandingan nyanyian pertama saya di luar negara dan saya berharap peluang ini tidak akan dipersaksikan.



"Setakat ini, saya sudah mempersiapkan diri sebaik mungkin di bawah bimbingan pengarah muzik, Alvin Santiago," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Amanda, menerusi pertandingan tersebut ia sekali gus dapat mencabar dirinya untuk melihat sejauh mana kemampuannya dalam bidang nyanyian.

Selain Malaysia, pertandingan itu turut disertai wakil dari Mexico, Itali, Russia, China, Belarus, Turki, Sepanyol, Macedonia, Sri Lanka, Malta, Romania dan Ukraine

Menariknya, pemergian Amanda ke Bulgaria turut ditaja oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), LBS Bina Group Berhad, Datuk Richard Cham dan pereka baju Leslie Variyan.

"Saya bersyukur, dengan tajaan-tajaan yang diberikan dapat mengurangkan beban saya daripada segi pengeluaran wang yang banyak.

"Apa-apa pun, doakan kejayaan saya di sana ya," ujar Amanda ringkas.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cun jgk

Catat Ulasan