Home » » Harry Houdini Ahli Silap Mata Dalam Sejarah

Harry Houdini Ahli Silap Mata Dalam Sejarah




WAJAH ahli silap mata terkenal dengan aksi jalanannya, David Blaine, tiba-tiba mengukir senyuman sebaik 
saja diberi peluang istimewa menjenguk khazanah tokoh dikaguminya, Harry Houdini, di New York, 
minggu lalu.
Kurator Muzium Yahudi di bandar raya itu memberi kebenaran khas kepada Blaine untuk melihat pelbagai
 barangan ahli silap mata terkenal itu serta memberi penghormatan kepadanya.



Harry Houdini - atau nama sebenarnya, Erik Weisz, lahir di Hungary pada 24 Mac 1874 dan mati pada 
31 Oktober 1926 adalah tokoh silap mata terulung dalam sejarah kerana pelbagai kemampuan
 sensasinya melepaskan diri daripada pelbagai halangan.

Mengenai pengalaman istimewa itu, Blaine berkata, dia teruja dan amat kagum dengan pelbagai
 barangan
silap mata pernah digunakan Houdini itu.
“Saya pasti Houdini akan gembira melihat pameran ini jika dia masih hidup,” katanya.


Antara barangan dipamerkan di muzium itu adalah potongan filem rakaman hitam putih aksi Houdini, 
poster promosi asal mengenai persembahannya serta beberapa peralatan pernah digunakan 
dan mengagumkan berjuta-juta penonton, seperti gari, rantai tangan dan kaki, straitjacket 
(baju untuk dipakaikan kepada orang gila), tong susu dan kotak kayu.

Tidak ketinggalan, peralatan terkenalnya, Sel Seksaan Air serta jarum berbenang yang pernah 
ditelan dan ditarik semula melalui mulutnya.


mencipta nama besar di peringkat antarabangsa.

Katanya, antara helah yang selalu membingungkan orang ramai serta polis adalah
 kemampuannya membuka gari.

“Polis rasa tercabar melihat saya membuka gari seperti anda membuka pintu rumah,” katanya.

Walaupun lahir di Hungary, Houdini dibawa keluarganya berpindah ke Wisconsin di AS ketika
 masih kanak-kanak.


Houdini meninggal dunia ketika berusia 52 tahun apabila helah silap matanya - dia
 ditumbuk di perut - tidak menjadi seperti diharapkan.

Helah itu bertukar menjadi tragedi apabila apendiks Houdini dipercayai pecah akibat tumbukan berkenaan.

Namun, kesahihan mengenainya tidak pernah diperoleh apabila tiada bedah siasat dijalankan
 ke atas mayat Houdini.

Sesetengah pihak mendakwa, kematian itu sengaja direka, manakala ada pihak lain mengesyaki 
Houdini sebenarnya menjadi mangsa pembunuhan.

Turut mendapat tempat, dakwaan Houdini kononnya diracun pengamal ilmu hitam selepas dia 
mempertikaikan kemampuan golongan itu berhubungan dengan roh orang mati.

Antara pihak yang disyaki adalah penulis cerita Sherlock Holmes dan orang yang bersimpati
 terhadap pengamal ilmu hitam, Sir Arthur Conan Doyle.

Sebuah biografi berjudul The Secret Life of Houdini (diterbitkan pada 2006) sekali lagi mengungkit 
isu berkenaan dan berjaya meyakinkan sesetengah pihak mengenai dakwaan meracun itu.





Walaupun Houdini memandang serius ancaman maut daripada pengamal ilmu hitam itu, dia
 sentiasa mengembara dari satu tempat ke tempat lain tanpa kawalan keselamatan sepatutnya.

Biasanya, Houdini hanya ditemani isterinya, Bess.

Justeru, pemerhati berpendapat, bukan sesuatu yang sukar untuk meracun tokoh silap mata itu
 dengan keadaan kawalan keselamatan yang begitu longgar.

Dikenali sebagai pakar silap mata yang licik, Blaine selalu mencipta kejutan hasil inspirasi daripada
 Houdini.

Aksi berani mati pertamanya - ditanam hidup-hidup selama tujuh hari - dilakukan selepas mendapa
t restu daripada cucu Houdini.

Lagak ngeri lain pernah dilakukan Blaine adalah dikurung dalam ketulan ais, berdiri di atas tiang
 setinggi 30.5 meter serta ‘dilemaskan’ dalam air selama beberapa hari.

Blaine juga pernah menghabiskan masa 44 hari tergantung dalam kotak yang disambung kepada 
kren bersebelahan Sungai Thames di London pada 2003.

Kali terakhir Blaine beraksi adalah pada 2008 apabila dia melakukan pertunjukan Dive Of Death yang 
menampilkannya digantung terbalik selama 60 jam tanpa sebarang jaring keselamatan di Central Park,
 New York.

0 comments:

Post a Comment