Sinopsis Filem Seru


Sinopsis Seru:- Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk “Jangan Bernafas”. Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku diluar jangkaan mereka. Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikanan filem tersebut ingin menjadikannya sebagai “footages” menarik untuk tujuan promosi filem tersebut. Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal…. tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi .

Apakah yang akan terjadi kepada kumpulan tersebut, mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu entiti yang tidak diketahui?. Nantikan kesudahan filem SERU, yang akan menemui penonton pada 28 April 2011. Antara barisan pelakon ialah Awal Ashaari, Pierre Andre, Nora Danish, Shaarnaz, Qhaud AF7, Dazrin, Sufian Mohamed, Nisha Dirr, Khatijah, Cut Mutia, Dewa Sapri dan ramai lagi.
Tajuk Filem:
Seru
Pengarah:
Ming Jin, Pierre Andre
Penerbit:
Tayangan Unggul Sdn Bhd & Hanamia Services Sdn Bhd
Dipawagam:
28 April 2011
Pelakon Seru:
Sharnaaz
Cut Mutia
Azman Hassan
Nora Danish
Awal Ashaari
Pierre Andre